Friday, December 2, 2011

Analisis Dan Penyangkalan Teori Evolusi Part 7

RASISME DARWIN


     Satu di antara aspek Darwin yang paling penting ialah fahaman rasnya (rasisme); Darwin menganggap bangsa kulit putih Eropah adalah ‘lebih maju' daripada bangsa-bangsa manusia lain. Apabila Darwin menganggarkan manusia telah berubah daripada makhluk beruk, dia menduga bahawa sesetengah bangsa telah berkembang lebih maju daripada yang lain dan sesetengah bangsa lain pula masih memiliki sifat-sifat monyet.

     Di dalam bukunya, The Descent of Man, yang telah diterbitkan selepas buku The Origin of the Species, beliau telah memberikan komentar berkenaan "perbezaan yang ketara di antara manusia dari bangsa yang berbagai"1 Di dalam bukunya, Darwin beranggapan bangsa kulit hitam dan Australian Aborigines sebagai kesinambungan kepada gorila dan kemudian disimpulkan bahawa ini semua boleh berlaku dengan "civilised races" (mentamadunkan bangsa-bangsa) mengikut masa.

Beliau berkata:

"Di suatu jangka masa akan datang, tidak terlalu jauh seperti diukur dengan abad-abad, pertamadunan bangsa-bangsa manusia ini akan menghapuskan dan menggantikan tempat bangsa-bangsa liar di seluruh dunia. Pada masa yang sama, beruk-beruk yang menyerupai manusia (anthropomorphous apes)... pasti akan terhapus. Perbezaan di antara manusia pada peringkat yang lebih bertamadun ini, seperti yang kita harapkan, sehinggakan Caucasian* dan beberapa beruk rendah seperti babun, seumpama perbezaan di antara bangsa Negro atau Australian dan gorila".

     Idea gila Darwin ini tidak hanya sebuah teori, tetapi juga telah berada pada satu kedudukan yang menghasilkan "landasan saintifik" yang paling penting untuk rasisme.
Dengan beranggapan bahawa hidupan ini berubah dalam usaha untuk hidup, Darwinisme telah mengadaptasikannya ke dalam sains sosial, dan ia menjadi sebuah konsep yang dikenali sebagai "Darwinisme Sosial" (Social Darwinism).

     Darwinisme sosial mendakwa bahawa kemunculan ras manusia dapat dikesan pada pusingan "tangga-tangga evolusi"

Bersambung.......

Analisis Dan Penyangkalan Teori Evolusi Part 6

KHAYALAN DARWIN/DARWIN'S IMAGINATION

     Individu yang mengemukakan teori evolusi ini ialah seorang naturalis amatur, Charles Robert Darwin.

     Darwin tidak pernah mendapat pendidikan biologi secara formal. Beliau hanya meminati subjek alam semulajadi dan benda-benda hidup. Minat beliau terhadap subjek ini telah mendorong beliau menjadi sukarelawan sebuah ekspedisi di atas sebuah kapal bernama,H.M.S Beagle yang dirancangkan di England pada tahun 1832 dan mengembara mengelilingi berbagai kawasan-kawasan yang berbeza di seluruh dunia selama lima tahun.

     Darwin yang masih muda pada masa itu, amat tertarik dengan berbagai spesies hidupan, terutamanya burung-burung ciak yang dilihatnya di Kepulauan Galapagos. Dia menyangkakan bahawa variasi pada paruh burung tersebut adalah disebabkan oleh adaptasi (penyesuaian) mereka terhadap habitat mereka.

     Dengan meletakkan idea ini di dalam mindanya, beliau menyangka bahawa asal hidupan dan spesies adalah berlandaskan kepada konsep "adaptasi kepada persekitaran".  Menurut Darwin, spesies-spesies hidupan yang berbeza ini bukannya diciptakan oleh Allah, tetapi sebaliknya datang daripada satu moyang dan kemudiannya menjadi berbeza di antara satu sama lain disebabkan oleh keadaan-keadaan semulajadi.

     Hipotesis Darwin ini tidak berdasarkan kepada mana-mana penemuan atau eksperimen sains; bagaimanapun beliau kemudiannya telah menukarkan teori ini menjadi sebuah teori yang berpengaruh hasil sokongan dan galakan yang diterimanya daripada ahli-ahli biologi materialis yang terkenal pada masa itu.
Idea tersebut ialah individu-individu yang telah menyesuaikan diri dengan habitat sebagai suatu cara terbaik memindahkan kualiti mereka kepada generasi-generasi mendatang; kualiti berguna (advantageous qualities) ini telah berkumpul di dalam satu masa dan merubah individu tersebut kepada suatu spesies yang berlainan sama sekali dengan moyangnya.(Asal kepada "kualiti-kualiti berguna" ini belum diketahui pada zaman tersebut). Menurut Darwin, manusia merupakan hasil termaju mekanisme ini.

     Darwin menggelar proses ini sebagai "evolusi oleh pilihan semulajadi". Beliau menyangkakan bahawa dia telah menemui asal usul hidupan, iaitu: asal suatu spesies ialah spesies yang lain. Beliau mengeluarkan pandangan ini di dalam bukunya bertajuk "The Origin of Species, By Means of Natural Selection" pada tahun 1859.

     Darwin menyedari teorinya ini akan menghadapi banyak masalah. Beliau menyakuinya sendiri di dalam buku tersebut di dalam bab "Difficulties of the Theory" (Kesukaran-kesukaran Teori Ini). Kesukaran-kesukaran ini secara dasarnya berkaitan dengan rekod-rekod fosil dan organ-organ hidupan yang kompleks yang tidak dapat dijelaskan sebagai suatu kebetulan (seperti mata), dan naluri benda-benda hidup ini. Darwin berharap supaya kesukaran-kesukaran ini akan dapat diselesaikan oleh penemuan-penemuan terbaru; tetapi ini semua tidak menyekatnya untuk mengeluarkan sejumlah penjelasan yang berbagai.

     Seorang ahli fizik Amerika, Lipsonmembuat komentar berikut tentang kesukaran-kesukaran Darwin ini:
Ketika membaca The Origin of Species, saya mendapati Darwin sendiri tidak yakin dengan apa yang dikatakannya seperti yang sering ditonjolkannya; sebuah bab bertajuk "Difficulities of the Theory" sebagai contoh, menunjukkan keraguan yang nyata. Sebagai seorang ahli fizik, saya amat hairan dengan komentar beliau tentang bagaimana mata diterbitkan. 

     Ketika memajukan teori beliau, Darwin merasa kagum dengan ramai ahli biologi evolusionis yang menyokong beliau, terutamanya oleh seorang ahli biologi Perancis, Lamarck.menurut Lamarck, makhluk-makhluk hidup memindahkan sifat-sifat yang mereka terima sepanjang hidup mereka dari satu generasi kepada generasi berikutnya dan dengan demikian ia berubah.

     Sebagai contoh, zirafah telah berubah daripada rusa dengan memanjangkan lehernya sedikit demi sedikit dari satu generasi ke satu enerasi ketika mereka cuba mencapai dahan-dahan yang lebih tinggi untuk mendapatkan makanan.

     Darwin telah menggunakan tesis "memindahkan sifat-sifat yang diperolehi" yang dikeluarkan oleh Lamarck sebagai suatu faktor yang menyebabkan benda hidup berubah.
Tetapi, kedua-dua mereka, Darwin dan Lamarck telah melakukan kesilapan kerana pada masa tersebut, hidupan hanya dapat dikaji dengan teknologi yang amat primitif dan pada peringkat yang amat tidak mencukupi.

     Lapangan sains seperti genetik dan biokimia belum wujud walau hanya pada nama. Teori-teori mereka ini hanya bergantung penuh kepada keupayaan imaginasi mereka semata-mata.
Ketika gegak buku Darwin ini telah bergema, seorang ahli botani Austria, Gregor Mendeltelah menemui undang-undang pewarisan pada tahun 1865. Tidak banyak yang dapat diketahui sehinggalah pada penghujung abad tersebut, penemuan Mendel telah mendapat kepentingan yang besar pada awal 1900an. Ia merupakan kelahiran kepada ilmu sains genetik.

     Tidak berapa lama kemudian, struktur gen dan kromosom telah ditemui. Penemuan molekul DNA pada tahun 1950an yang mengandungi maklumat-maklumat genetik, telah meletakkan teori evolusi di dalam krisis hebat. Ianya disebabkan oleh kekompleksitian hidupan yang mengagumkan di samping ketiadaan mekanisme-mekanisme evolusi yang dikemukakan oleh Darwin.
Kemajuan-kemajuan ini sepatutnya telah menyebabkan teori Darwin dibakulsampahkan daripada sejarah. 

     Bagaimanapun, ia tidak berlaku, kerana terdapat beberapa golongan tertentu yang cuba menyemak semula, memperbaharui dan mengangkat teori ini ke platform sains. Keadaan ini hanya dapat difahami sekiranya kita menyedari bahawa di sebalik teori ini terdapat kepentingan ideologi yang lebih daripada sains.

Bersambung..........

Analisis Dan Penyangkalan Teori Evolusi Part 5

SEJARAH RINGKAS TEORI EVOLUSI

     Asal usul kepercayaan evolusi ini adalah seiring dengan kepercayaan yang menolak kewujudan ciptaan (Allah). Sebahagian besar daripada ahli-ahli falsafah yang tidak beragama di Greece purba telah mempertahankan ide evolusi ini.
     
      Jika kita mengkaji sejarah falsafah, kita akan mendapati bahawa ide evolusi ini telah menjadi tulang belakang kepada banyak falsafah-falsafah pagan yang tidak beragama. Bagaimanapun, falsafah-falsafah purba ini tidak membantu perkembangan sains moden, sebaliknya keimanan kepada Allahlah yang memainkan peranan yang memberangsangkan dalam melahirkan dan mempertingkatkan sains moden. 

     Kebanyakan pengasas-pengasas sains moden mempercayai kewujudan Allah; dan ketika mempelajari sains mereka berusaha untuk meneroka cakerawala yang Allah ciptakan dan memahami undang-undang-Nya dan segala maklumat di dalam ciptaan-Nya.

     Ahli-ahli falak (astronomer) sepertiLeonardoda Vinci, Copernicus, Keppler, Galileo; Bapa Paleontologi, Cuveir; pengasas sains botani dan zoologi, Linnaeus; dan Isaac Newton, yang dirujuk sebagai "seorang saintis terhebat pernah hidup", mereka semua telah mengkaji sains dan mempercayai tidak hanya kepada kewujudan Allah tetapi mereka juga percaya bahawa seluruh cakerawala ini muncul sebagai suatu hasil daripada ciptaanNya.


Albert Einstein, yang dianggap sebagai orang terpintar pada zaman kita, merupakan di antara saintis warak yang mempercayai Allah dan menyatakan seperti berikut;

"Saya tidak mengiktiraf kebijaksanaan seorang saintis yang tidak mempunyai keimanan yang mendalam. Situasi ini dapat dijelaskan melalui sebuah gambaran iaitu; Sains tanpa Agama adalah pincang".

     Salah seorang pengasas sains fizik moden, seorang ahli fizik Jerman Max Planck menyatakan bahawa sesiapa yang mempelajari sains secara serius, adalah untuk membaca fasa yang terdapat di atas pintu sebuah kuil sains, iaitu; "Berimanlah". Iman adalah sifat utama seorang saintis.

Bersambung.....

Analisis Dan Penyangkalan Teori Evolusi Part 5

SEJARAH RINGKAS TEORI EVOLUSI

     Asal usul kepercayaan evolusi ini adalah seiring dengan kepercayaan yang menolak kewujudan ciptaan (Allah). Sebahagian besar daripada ahli-ahli falsafah yang tidak beragama di Greece purba telah mempertahankan ide evolusi ini.
     
      Jika kita mengkaji sejarah falsafah, kita akan mendapati bahawa ide evolusi ini telah menjadi tulang belakang kepada banyak falsafah-falsafah pagan yang tidak beragama. Bagaimanapun, falsafah-falsafah purba ini tidak membantu perkembangan sains moden, sebaliknya keimanan kepada Allahlah yang memainkan peranan yang memberangsangkan dalam melahirkan dan mempertingkatkan sains moden. 

     Kebanyakan pengasas-pengasas sains moden mempercayai kewujudan Allah; dan ketika mempelajari sains mereka berusaha untuk meneroka cakerawala yang Allah ciptakan dan memahami undang-undang-Nya dan segala maklumat di dalam ciptaan-Nya.

     Ahli-ahli falak (astronomer) sepertiLeonardoda Vinci, Copernicus, Keppler, Galileo; Bapa Paleontologi, Cuveir; pengasas sains botani dan zoologi, Linnaeus; dan Isaac Newton, yang dirujuk sebagai "seorang saintis terhebat pernah hidup", mereka semua telah mengkaji sains dan mempercayai tidak hanya kepada kewujudan Allah tetapi mereka juga percaya bahawa seluruh cakerawala ini muncul sebagai suatu hasil daripada ciptaanNya.


Albert Einstein, yang dianggap sebagai orang terpintar pada zaman kita, merupakan di antara saintis warak yang mempercayai Allah dan menyatakan seperti berikut;

"Saya tidak mengiktiraf kebijaksanaan seorang saintis yang tidak mempunyai keimanan yang mendalam. Situasi ini dapat dijelaskan melalui sebuah gambaran iaitu; Sains tanpa Agama adalah pincang".

     Salah seorang pengasas sains fizik moden, seorang ahli fizik Jerman Max Planck menyatakan bahawa sesiapa yang mempelajari sains secara serius, adalah untuk membaca fasa yang terdapat di atas pintu sebuah kuil sains, iaitu; "Berimanlah". Iman adalah sifat utama seorang saintis.

Bersambung.....

Analisis Dan Penyangkalan Teori Evolusi Part 3

MATERIALISME TULI

    Teori Evolusi dianggap "asas sains" dan dipertahankan secara membuta tuli dalam usaha untuk menyokongnya. Kini, apabila sains sendiri telah menyanggah kebenaran teori ini, maka mereka terus menyokongnya hanya untuk mengekalkan kesinambungan materialisme ini.

     Beberapa kenyataan yang ditulis oleh seorang saintis evolusi Turkey telah membincangkan kebarangkalian berlakunya pembentukan ”Cytochrome-C” sebagai suatu kebetulan.
Cytochrome-C ialah enzim terpenting di dalam pembentukan suatu hidupan. Beliau menerangkan seperti berikut:

Kebarangkalian pembentukan sebuah rangkaian Cytochrome-C adalah mustahil. Iaitu, sekiranya suatu hidupan berkehendak kepada suatu rangkaian yang tertentu, dapat dianggarkan ia mempunyai kemungkinan yang sukar untuk terungkai sekali ke seluruh cakerawala. Melainkan, suatu kuasa metafizik yang di luar definisi kita telah mengaktifkan formasinya. Untuk menerima kenyataan ini adalah tidak secocok dengan matlamat sains. Oleh itu, kita terpaksa melihat kembali kepada andaian yang pertama.

Michael Behe: "kebisuan yang memalukan mengelilingi kekompleksitian sebuah sel"

     Pandangan dogma materialistik inilah yang menyebabkan sebahagian besar saintis ternama di dalam bidang ini adalah ateis (tidak beragama).

     Seorang pakar biokimia Amerika, Dr. Michael J. Behe, merupakan seorang saintis terkemuka yang menyokong "penciptaan bijaksana" (intelligent design) yang sejak kebelakangan ini mula diterima. Beliau menggambarkan para saintis yang menolak kepercayaan terhadap suatu "rekaan" atau "ciptaan" organisma hidup ini seperti berikut;

Lebih empat dekad, biokimia moden masih belum dapat mengesan rahsia sel. Ia menuntut berpuluh ribu orang untuk mengorbankan sebahagian hidup mereka untuk bekerja di dalam makmal-makmal yang membosankan. Hasil kumulatif ini adalah untuk mengkaji sel tersebut - mengkaji kehidupan pada peringkat molekul - ia amat jelas, ia adalah suatu "ciptaan".
Ini adalah bahaya yang dibawa oleh para saintis evolusi yang berfahaman ateis menolak keterangan dan bukti-bukti jelas daripada Pencipta.

      Satu contoh yang terbaik ialah seorang evolusionis yang terkemuka, Richard Dawkins yang menyeru kepada orang-orang Kristian supaya tidak beranggapan bahawa mereka telah melihat sebuah mukjizat sekali pun mereka telah melihat tugu Mariam Si Dara (Virgin Mary) melambai kepada mereka.

       Pemikiran orang-orang yang tidak beriman ini telah wujud di dalam sejarah. Di dalam al-Quran ia diungkapkan seperti berikut;
     
Dan jika Kami turunkan malaikat pun kepada mereka, dan orang-orang yang mati (hidup semula lalu) berkata-kata dengan mereka, dan kami himpunkan pula tiap-tiap sesuatu di hadapan mereka (untuk menjadi saksi tentang kebenaran Nabi Muhammad), nescaya mereka tidak juga akan beriman, kecuali jika dikehendaki Allah; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenar). (Surah Al-An'aam:111)

Pemikiran yang sama telah diterangkan di dalam ayat lain di dalam al-Quran:

Dan kalau Kami bukakan kepada mereka mana-mana pintu langit, kemudian mereka dapat naik melalui pintu itu (pada siang hari yang membolehkan mereka menyaksikan segala kenyataan yang ada).Tentulah mereka akan (mengingkari kenyataan yang benar itu dengan) berkata: "Hanya mata kami telah disilapkan penglihatannya bahkan kami adalah kaum yang telah disihirkan (oleh Muhammad)". (Surah Al-Hijr:14-15)



Bersambung.........

Analisis Dan Penyangkalan Teori Evolusi Part 2

MEMBEBASKAN DIRI DARIPADA PREJUDIS

     Seorang ahli biologi akan mendapati terdapatnya keseimbangan yang sukar difahami di dalam molekul protein yang menjadi blok pembinaan hidupan, maka amat mustahil untuk kita katakan bahawa ianya terjadi secara kebetulan sahaja.

     Lebih-lebih lagi, dia mendakwa protein ini berasal daripada kerak bumi yang primitif dan kemudian terkesan secara kebetulan berbilion-bilion tahun dahulu. Tidak cukup dengan itu; dia juga mendakwa tanpa ragu-ragu bahawa tidak hanya satu, tetapi berjuta-juta protein terbentuk secara kebetulan dan bercantum untuk membentuk suatu sel hidupan yang pertama. Lebih daripada itu, dia juga berterusan mempertahankan pendapatnya dengan kedegilan yang tuli. Individu ini adalah seorang saintis "evolusi".

     Sekiranya saintis yang sama ini berjumpa dengan tiga bongkah bata bertindan di antara satu sama lain, ketika berjalan-jalan di suatu lorong, pasti dia tidak akan beranggapan batu bata ini telah bercantum secara kebetulan dan merangkak naik antara satu sama lain, juga secara kebetulan.

     Bukan itu sahaja, malah sesiapa yang membuat andaian seperti itu akan dianggap tidak siuman.
Bagaimana mungkin manusia yang berfikiran rasional dalam kes-kes biasa seperti ini, tetapi berubah menjadi tidak waras apabila memperkatakan tentang kewujudan mereka sendiri?

     Terdapat dua pandangan yang boleh menjelaskan bagaimana kehidupan boleh wujud di muka bumi ini;
1- Semua benda hidup ini telah diciptakan oleh allah s.w.t di dalam bentuk struktur yang sempurna,
2-  Kehidupan ini terbentuk secara tidak sengaja atau secara kebetulan. Yang kedua ini adalah pendapat teori evolusi.

     Jika kita lihat pada data-data saintifik, iaitu biologi molekul sebagai contoh, kita akan dapati bahawa tidak mungkin sebuah sel - walau hanya satu daripada berjuta-juta protein yang terdapat di dalam sel - dapat wujud secara kebetulan, sebagaimana yang didakwa oleh evolusionis.
Pandangan pertama adalah seratus peratus betul. Iaitu kehidupan ini terjadi secara berencana (bukannya kebetulan). Dengan kata lain, ianya telah diciptakan. Kenyataan ini bukannya suatu andaian, tetapi ia adalah suatu konklusi yang normal dan dapat diterima oleh akal fikiran, logik dan sains.



Analisis Dan Penyangkalan Teori Evolusi

Assalamualaikum n selamat petang...

Tajuk Analisis Dan Penyangkalan Teori Evolusi atau Teori Darwin ini sebenarnya adalah assignment yang ditugaskan kepada saya pada kelas Sains Pemikiran Dan Etika dan terdetik di hati ini untuk bersama-sama berkongsi sedikit sebanyak tentang hasil assignment ini berpandukan buku  Percanggahan Darwinisme Terhadap Al-Quran hasil karya saintis yang saya minati, Harun Yahya. terima kasih kepada beliau kerana hasil daripada karya-karyanya dapatlah saya menyiapkan assignment tersebut. Apa yang cuba saya sampaikan disini tidaklah 100% seperti dalam rujukan namun diharap serba sedikit dapat dikongsikan ilmu bersama insyaAllah.

Baiklah, kita mulakan dari sini sebagai pengenalan.



    Karl Marx telah menjelaskan bahawa teori evolusi menghasilkan dasar penuh materialisme dan juga komunisme. Beliau juga menunjukkan rasa simpatinya terhadap Darwin dengan menyebut di dalam bukunya yang dikira sebagai yang terbaik, Das Kapital. Di dalam edisi Jerman, beliau menulis; "Daripada peminat setia Charles Darwin".

   Teori evolusi mengandungi asas saintifik materialisme yang menjadi sandaran fahaman komunis. Dengan merujuk kepada teori evolusi ini, komunis mencari kebenaran dirinya sendiri dan mendakwa bahawa ideologinya adalah yang paling tepat dan selamat. Karl Marx, menulis untuk buku Darwin, bertajuk "The Origin of Species" yang membahaskan dasar teori evolusi, sebagai "… ini adalah buku yang mengandungi asas sejarah semulajadi untuk panduan kita..."

    Kini idea-idea Marx sesungguhnya telah musnah kerana teori evolusi telah dipatahkan hujahnya melalui kajian sains moden. Sains telah membuktikan kesilapan teori ini dan akan berterusan membuktikan kesilapan andaian materialis yang beranggapan bahawa kewujudan itu tidak lain melainkan suatu benda (jisim), dan membayangkan bahawa setiap kejadian itu terhasil daripada satu kejadian yang lebih awal daripadanya (berperingkat-peringkat).

Bersambung....

Tuesday, November 29, 2011

Ayam BOGEL

Assalamualaikum n selamat pagi semua....

Hari ni, tiba-tiba rasa nak berkongsi kisah AYAM. AYAM BOGEL.....hahahah......Pasti anda semua akan kata..."Ha....tak ada isu lain ke nak tulis?" Tak mengapa,kalau nak tahu kisah AYAM BOGEL,teruskan baca artikel ni ye.

Persoalannya, apa beza AYAM BOGEL dengan AYAM BERBULU? ape susah, jawapannya yang seko BOGEl y seko BERBULU la.... ape la bongok tanya soalan macam tu...budak-budak tadika pun tahu jawab..ceh..

Bercerita tentang ayam, banyak perkara sekeliling kita dikaitkan dengan ayam... tak percaya ke??
Bila lapar nak makan lauk AYAM...AYAM goreng AYAM pusing AYAM panggang n so on...
Bila orang hebat bermain bola kita panggil AYAM tambatan
Bila nak mempermainkan orang... kita istilahkan sebagai anak AYAM
Bila barang-barang tak berapa berkualiti..kita panggil cap AYAM



AYAM...tubuhnya mendada, jalannya berlenggang... tak kira betina ataupun jantan
Telurnya sebijik riuhnya sekampung....itulah AYAM...
Ayam situ sana sini....AYAM...AYAM....AYAM.... tak habis-habis cerita pasal AYAM...

Menjawab persoalan tentang AYAM BOGEL dengan AYAM BERBULU, jawapannya bukanlah bulu yang dimaksudkan... tapi antara AYAM BOGEL dengan AYAM BERBULU, yang mana paling banyak kita tengok setiap hari?? dimana?? kebanyakannya di supermarket kan?...



Suatu pati di supermarket...

Fatihah: pak cik.... ayam ada x?
Pak Cik: ada...
Fatihah: pak cik, mintak ayam bogel 1...
Pak Cik: ishk..dik, jarang sangat kat dunia ni orang jual ayam berbulu di supermarket dik... yang banyaknya ayam bogel la..ayam bogel tu ayam yang tak ada bulu la dik oi...

Bayangkan seketika....

Kalau kita ke pasar bertujuan nak beli ayam,sudah tentu ayam yang tak ada bulu yang kita cari, kenapa? Sebab senang nak masak. Siapa yang nak beli ayam yang ada bulu. Bulunya satu hal..susah nak buang, dah la tak menarik. Hakikatnya, AYAM BOGEL lebih menarik minat orang untuk dilihat, lalu disentuh dibelek-belek. Kemudian diambil, dibeli dan dibawa pulang untuk dimasak sebagai lauk ayam. Setibanya dirumah, ayam akan dimasak. Jika sedap, ramai yang nak rasa. Jika tak sedap, dibuang begitu saja. Kadang ada yang makan separuh kemudian tinggal.

Kisah AYAM BOGEL tak sama dengan kisah AYAM BERBULU. Jika AYAM BOGEL diminati pembeli, AYAM BERBULU kadang-kadang tengok pun tak nak beli... dengan alasan menyusahkan la, kotor la dan yang penting tidak menarik minat pembeli. Malang nasib si AYAM BERBULU... tidak dipandang tidak dibeli apetah lagi untuk memasaknya.

Saudara saudari sekalian...

Pucuk pangkal kisah AYAM BOGEL ini bukanlah yang dimaksudkan itu ayam yang dibeli di pasar atau di supermarket tetapi kisah AYAM BOGEL ini saya kaitkan dengan situasi kebanyakan PEREMPUAN di negara kita.

Berpakaian sendat@ketat@seksi....hukumnya di dalam islam tetap dikira BERBOGEL. Supermarket @ pasar yang dimaksudkan adalah suatu tempat yang dikunjungi ramai dari pelbagai golongan jenis dan usia. Masyarakat sekeliling lebih gemar @tertarik perhatiannya untuk membeli AYAM BOGEL lalu diusha-usha nya kemudian ditanya harganya. Dipegang-pegang AYAM BOGEL itu untuk memilih yang mana tertarik dihati untuk dibeli. Dah dibeli dibawanya pulang kemudian dimasaknya....jika sedap maka ramailah yang ingin mencuba jika kurang sedap dimakan separuh lalu ditinggalkan begitu sahaja. Yang paling malang adalah, masakan ayam itu tidak sedap dibuang si AYAM BOGEL itu begitu saja. Ayam oh ayam.... dah bertelur..baru riuh sekampung.... Kesian bukan??

                                                                                                       

AYAM BOGEL...AYAM BERBULU...mana satu pilihan dihati?


Mata pun dah layu... tak larat nak taip panjang-panjang....
Apa-apa pun... wahai insan bergelar PEREMPUAN..... Renung-renungkanlah kisah AYAM BOGEL ini...

Hahahhahahahahhahaha......Ayam....ayam......... kesian engkau ayam.

Tuesday, November 1, 2011

BerCOUPLE? boleh ke?




Soalan daripada seorang remaja sekolah: Nak tanya kenapa manusia sering bercouple?


Begini jawapanku. istilah "couple" itu daripada BI, dalam BM ianya disebut sebagai "pasangan". jawapannya senang sahaja.


QS. Yasin (36): 36


Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.


QS. Asy Syuura (42): 11


Dia lah yang menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.





Soalan: Apa itu bercouple apa itu bercinta?


Cinta itu lebih tinggi nilainya daripada bercouple,
Cinta utama cinta pada Allah tapi kita xbercouple dengan Allah,
Cinta kedua cinta pada Rasulullah tapi kita tak bercouple dengan Rasulullah,
Cinta ketiga cinta pada ibu bapa tapi kita tak bercouple dengan ibu bapa,
Cinta pada keluarga tapi kita tak bercouple dengan keluarga....


Cinta dan couple itu berbeza. Cinta itu perasaan manakala bercouple itu perbuatan. Orang kita sekarang ni, kalau bab-bab campur adukkan BM dengan BI memang "terror". BM+BI= BerCouple.. pelek kan? Hakikatnya...begitulah masyarakat kita,suka campur-adukkan bahasa. Istilah "couple" kalau diterjemahkan kepada BM membawa maksud "pasangan". Jadi, istilah baru remaja sekarang, bercouple bermaksud berpasangan. Salah dari sudut bahasa tapi hakikatnya ia selalu digunakan. Senang cerita macam ni lah, bercouple ni, orang ada awek orang ada pakwa..macam tu la...


Soalan: Apa hukumnya BERCOUPLE ni?


Jika ingin berhujah tentang hukum sesuatu perkara, saya bukan ahlinya. Sebaiknya bertanyakan kepada yang lebih arif. Apa yang dapat saya huraikan disini adalah bagi saya perbuatan bercouple itu tidak salah. Seperti yang telah diterangkan, bercouple itu adalah berpasang-pasangan. Buktinya, sila fahamkan semula petikan ayat Al-Quran di atas. Ternyata Allah telah menciptakan manusia untuk berpasang-pasangan. Jika nabi Adam pasangannya Hawa, lelaki pasangannya perempuan, ibu pasangannya bapa, kiri pasangannya kanan, siang pasangannya malam, pasang pasangannya surut (proses pasang surut air laut), jantan pasangannya betina dan banyak lagi. Allah itu Maha Adil. Buktinya, bayangkan sejenak bagi pelajar, sebagai contoh kita hanya pandai dalam satu subjek, matematik katakan. Datanglah seorang hamba Allah yang lain untuk berkongsi ilmu contohnya seorang kawan yang pandai subjek lain seperti sains. Kita ajarkannya matematik dan kawan itu tadi ajarkan pada kita sains. Asalnya kita hanya mempunyai satu ilmu manakala kawan kita itu tadi pun hanya ada satu ilmu maka Allah pertemukan kita dengan pasangan kita iaitu kawan itu tadi sebagai pasangan. Itu hanya contoh dari saya. Anda boleh selidik dan perhatikan sekeliling anda Insyaallah anda ketemui betapa Allah itu adil antaranya dalam menentukan pasangan kita. Apabila menyebut tentang "pasangan" cepat benar kita mentafsir ianya sebagai pasangan suami isteri atau pasangan kekasih. Malang sungguh kerana amat tipis kajian kita terhadap kehebatan Allah.


Bagaimana hubungan pasangan itu?
Umumnya lelaki Allah pasangkan dengan perempuan, kalau tidak mana mungkin adanya manusia berkembang biak di dunia. Bayangkan kita hanya ada sebelah kaki sebelah tangan, tak sempurna bukan? Cuba kita tutup sebelah mata kita, adakah mata yang lagi sebelah mampu mengambil alih tugas mata yang ditutup itu? mana mungkin sama sekali. Sebab itulah Allah jadikan setiap makhluknya ada pasangannya tersendiri. Yang menjadi pemasalahan kini adalah niat kita. Apakah niat utama untuk bersama pasangan? Kerana apa? Tepuk dada tanyalah iman. Jika niat kita bercouple@berpasangan dengan makhluk lain kerana Allah pasti sempurna dan diberkatiNya hubungan pasangan itu. InsyaAllah. 




Bercouple kerana nafsu syahwat semata-mata itu yang salah itu yang haram itu yang berdosa. Tak salah bercouple kerana bercouple tak bermaksud boleh pegang-pegang selagi bukan muhrim. Masyarakat sekarang telah tersalah tafsir tentang maksud bercouple dengan bercinta. Baginya, bercouple itu adalah bercinta. Salah sama sekali. Cinta itu lain Couple itu lain. Bercinta itu sangatlah boleh, bercouple itu biarlah betul cara dan gayanya. JANGAN MAIN REDAH JE.. jatuh cinta pada seseorang itu normal bagi manusia kerana cinta itu perasaan. Tak salah jatuh cinta. Bila dah jatuh cinta teringin pula nak "bercouple". Pun boleh tapi bagaimana? Senang sahaja. Terus terang padanya. Tak perlu sorok-sorok. Jika jawapannya "YA",tak bermakna si dia 100% hak kita.Belum lagi. Tugas tak habis lagi. Teruskan dengan berdepan dengan ibu bapa si dia, beritahu hal sebenar yang kita sukakan anaknya. Kalau jawapannya positif,tetap tak boleh pegang-pegang. Kalau dah gatai sangat nak pegang..boleh,LEPAS NIKAH. Lantak la nak pegang ke nak buat apa ke...terpulang. Jangan buat naya sudah. 


Indahnya bercinta seperti itu. Lebih indah setelah nikah,CONFIRM lagi nikmat perhubungan,InsyaAllah.Jika benar kita bercinta kerana Allah, takkan berani berpegang-pegang, cuit-mencuit, usap-mengusap dan sebagainya. Malangnya, kebanyakan dari kta bercinta kerana nafsu semata-mata. Mentang-mentang dia awek kita dia pakwe kita, bolehlah kiranya nak pegang-pegang? Jawapannya... TIDAK.HARAM TETAP HARAM. Kalau nak sangat,NIKAH la...


Harus diingat, niat tidak menghalalkan cara seseorang. walaupun ramai dari kalangan kita berbuat sedemikian, renungkan sejenak... HUKUM ALLAH yang harus mengikut perbuatan orang ramai atau orang ramai yang perlu mengikut HUKUM?


Renung-renungkan.......selamat beramal....
p/s: nasihat pada diri sendiri dan teman-teman.....insyaAllah,sama-sama kita berubah.



Wallahua'lam.....

Sunday, October 30, 2011

Mengenal Hati PART 6

Hati yang MATI


Assalamualaikum....


Setelah sekian lama mnyepi kini aku kmbali dengan bicara tentang HATI... kini tibalah kisah HATI yang terakhir,HATI MATI..



Aku ada hati,Tapi mati..
Bila dilontari,Caci maki.
Aku ada nadi,Tapi berhenti..
Bila dikeji,Sana-sini.
Akan kucincang mereka sampai mati..
Agar mengerti,Hati kerasku..
Yang sunyi sepi.



Teman-teman sekalian,


Kujumpa puisi ini ketika mencari ilmu tentang hati...
Menurutku itulah antara contoh hati yang mati.Hati yang mati tiada fungsinya sebagaimana fitrah ia dijadikan. Fitrahnya untuk menerima aqidah dan keimanan kepada Allah. Matinya hati bererti tertutuplah hijab oleh Allah S.W.T daripada menerima iman dan hidayah dariNya. Hitamnya ia akibat diselubungi hawa nafsu pendorong perlakuan dosa dan maksiat.


Apabila hati hilang fungsinya, maka nafsulah yang merajai diri lantas hidup bergelumang dengan dosa dan maksiat. Penuh kesombongan, ujub dan takabbur. Hidup tiada panduan perlakuan mengikut perasaan. Begitulah apabila hati sudah mati. Tiada Nur dari Ilahi...


Firman Allah S.W.T maksudnya:


"Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata."                                                                                                     (Surah al-Zumar ayat 22)


Tanda-tanda hati yang mati:


1. Mengaku mengenal Allah tapi tidak menunaikan hak-hakNya.
2. Mengaku cintakan rasulullah tapi mengabaikan sunnahnya.
3. Membaca Al-Quran tapi tidak beramal dengan hukum-hukum didalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah tapi tidak mengsyukuri pemberianNya.
5. Mengaku syaitan itu musuh tapi tidak berjuang menentangnya.
6. Mengaku adanya nikmat syurga tapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya siksa neraka tapi tidak berusaha menjauhinya.
8. Mengaku kematian itu pasti tapi tetap tidak bersedia menghadapinya.
9. Menyibukkan diri membuka aib orang lain tapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantar dan menguburkan jenazah saudara seislam tapi tidak mengambil pengajaran darinya.

Begitulah BICARA TENTANG HATI yang dapat dikongsikan serba sedikit semampu mungkin pada ruangan kali ini.Semoga dapat kita sama-sama mengambil iktibar  dan semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT. Sama-sama kita berdoa dan berusaha agar dapat kita mencapai tahap tertinggi kesucian hati disisi Allah S.W.T
Ayuhlah kita menadah tangan berdoa pada Ilahi...
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي . وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي . يَفْقَهُوا قَوْلِي
Maksudnya : "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, "Supaya mereka faham perkataanku"
(Taha : 25,26,27)


Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan, juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.                                           (Sheikh Ibni Athoillah Iskandari)

Selamat Hari Lahir wahai Diri.....

Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekelian Alam, Selawat Dan Salam Untuk Nabi Junjungan Muhammad Saw, Ahli Keluarga Dan Sahabat-Sahabatnya.

Hari Ini Umurku Bertambah Lagi....

Aku Bersyukur Ya Allah Untuk Usia Yang Telah Engkau Berikan Padaku Ini. Aku Bersyukur Atas Setiap Rezeki Yang Engkau Kurniakan. Aku Bersyukur Atas Setiap Cubaan Dan Dugaan Yang Engkau Berikan Padaku. Aku Bersyukur Dengan Bakat Dan Ilham Yang Engkau Anugerahkan. Aku Bersyukur Dengan Keluarga Bahagia Yang Engkau Amanahkan. Sesungguhnya Terlalu Banyak Yang Telah Engkau Berikan Kepadaku…. Tetapi Terlalu Sedikit Pengabdianku Terhadapmu..

Engkau Tetap Menerima Walaupun Terkadang Aku Alpa, Aku Lupa. Aku Silap Aku Khilaf Mentafsir Makna Setiap Kurniaan Dan Dugaanmu. Namun Begitu Besarnya Kasihmu….Engkau Tetap Melindungiku Walaupun Terkadang Aku Merunggut Ketika Saat Lemahku Datang. Aku Tak Pernah Menafikan Hakmu Sebagai Khaliq Walaupun Terkadang Aku Terbuai Dengan Kesedihan Yang Amat Perit.

Ampunkan Aku Ya Allah Apabila Ku Merintih Nasibku Di Hadapanmu, Kepada Siapa Lagi Harus Ku Mengadu? Aku Tidak Pernah Menyesali Kewujudanku Ini Ya Allah… Namun Aku Hanyalah Hambamu Yang Dhoif Yang Lemah. Kadang Aku Kurang Kesabaran Goyah Keimanan. Ada Ketika Aku Terikut Bisikan Syaitan. Namun Dengan Limpah Kasih Sayangmu Ya Allah, Engkau Menarikku Kembali Jauh Dari Kesesatan.

Dalam Usia Ini….. Aku Ingin Lebih Dekat Padamu Ya Rahman. Dalam Usia Yang Makin Jauh Ini…. Aku Ingin Lebih Merinduimu Ya Rahiim. Dalam Usia Menjelang Dewasa Ini Aku Ingin Selalu Mengabdikan Diri Sekudusnya Terhadapmu. Dalam Usia Penuh Liku Ini Yang Aku Inginkan Hanyalah Ketenagan, Kekusyukan Beribadah, Segala Kesederhanaan Dan Kerendahan Hati Tanpa Berhenti Menghulur Kasih Kepada Yang Sudi.

Ya Muhaimin…Pimpinanlah Tangan Hambamu Ini.. Pimpinanlah Hati Hambamu Ini Agar Sentiasa Berpijak Pada Jalan Kebenaran.

Ya Al Quddus… Sebagai Hambamu Yang Hina Ini, Aku Takkan Mungkin Mencapai Kesempurnaan...Tapi Kasihanilah Aku… Bimbinglah Aku Agar Mampu Meniti Titian Silatulmustakimmu Dengan Tenang Dan Mudah Tanpa Cela.

Ya Al Hakim…Berilah Aku Kekuatan Dan Semangat Serta Ilham Agar Aku Mampu Terus Membimbing Hatiku, Diriku, Keluargaku, Sahabat Handaiku, Dan Teman-Temanku Yang Memerlukanku. Berikanlah Aku Keikhlasan Yang Jitu Dalam Beribadah Ke Jalanmu Ya Allah.... Berilah Aku Kesabaran Dalam Menangani Karenah Dunia Sangat Mencabar Keimanan Dan Kesabaranku… Hulurkanlah Aku Kebijaksanaan Agar Aku Mampu Memacu Kalam Keinsanan Hingga Tiba Masanya Engkau Menjemputku Pergi.

Ya Allah…Sesungguhnya Kematian Itu Benar…. Alam Kubur Itu Benar…..Hari Pembalasan Itu Juga Benar….Hari Ini, Semakin Hampir Aku Kepada Alam Kematian…. Semakin Dekat Aku Dengan Alam Kubur… Semakin Takut Aku Terhadap Hari Pembalasan… Izinkan Aku Dalam Usia Yang Semakin Sedikit Ini Aku Mengaut Sebanyaknya Himpunan Pahala Darimu, Untuk Ku Jadikan Bekalan Kehidupan Yang Tiada Penghujungnya Nanti. Aku Ingin Menjadi Anak, Pelajar, Bapa Dan Muaalim Yang Soleh..

Terima Kasih Ya Allah Atas Segala Takdir Yang Telah Engkau Tentukan Untukku… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar.. Peliharalah Aku Yang Lemah Ini Agar Terus Berpegang Teguh Pada Tali-Mu…

Terimalah Pemohonan Hamba-Mu Yang Sedang Bermusafir Di Bumi-Mu Ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbil-Alamin.

Saturday, March 5, 2011

Mengenal Hati part 5

Hati Yang Sakit 

Sambungan dari part sebelumnya setelah lama menyepi...bukan apa..sibuk sangat-sangat..ni time ade masa yang terluang nih akan saya cuba kongsikan lagi kisah tentang hati setakat termampu insyaAllah..
Teman-teman....
Hidup umpama putaran roda. Melewati hari-hari yang dilalui adakalanya menyebabkan  kita begitu ghairah menunggang bersama putaran roda kehidupan,sehingga kadang-kadang, kita terlalu sibuk menguruskan hal-hal semasa tanpa sedar ke sana ke mari sedang membawa sekeping hati yang sedang parah kesakitan.
Inilah resmi hidup manusia.Adakala hati terasa begitu mudah untuk menerima dan melaksanakan kebaikan, dan dalam satu masa lain pula, hati terasa berat untuk mengunjugi  kelas-kelas ilmu. Terasa bosan dengan nasihat dan mau’izhah hasanah..terasa lesu dari melakukan kebajikan dan dakwah, malah hati makin rindu dan puas dengan layanan nafsu yang buas.
Bagaimana hati menjadi sebegitu parah?
Bicara tentang seketul darah bernama HATI. Peranannya kita semua sedari; andai baik dan solehnya hati maka amal dan akhlak serta keseluruhannya akan tampak manis dan berseri. Sebaliknya pula jikalau hati sedang membengkak nan pedih, seluruh pekerti akan rosak dek tempias yang terpalit secara zahir. Kerana ini, hati adalah tumpuan utama untuk diseriusi oleh hamba-hamba yang berjanji untuk menempuh jalan menuju Illahi.
Hati mungkin sahaja menjadi sakit dan pedih tanpa kita sedari. Seperti ikan yang terdampar dari jauh dari halaman sendiri, begitulah jua hati yang sakit- ibaratnya sudah tinggal nyawa-nyawa ikan. Hati yang sakit tidak lagi terasa perit di kala melakukan maksiat, tidak lagi merasai nikmat dalam beribadah..jauh berbeza dengan hati yang hidup, yang pasti merasa terseksa setiap kali melakukan perkara yang dikutuk.
Adakalanya pemilik hati yang sakit dapat merasai simptom-simptomnya  namun untuk berusaha mengubatinya terasa amat pahit untuk dicuba. Sementelah melayani kerenah hati yang sakit jauh lebih enak dan manis ditemani nafsu yang membuak-buak.
Teman-teman.....
Tahukan kita apa itu hati yang sakit???

Hati yang hidup tapi ada penyakitnya digelar hati yang sakit. Macam mana??? Begini... hati yang sakit adalah hati orang yang taat terhadap perintah-perintah Allah tetapi kadangkala juga berbuat maksiat, dan kadang-kadang salah satu di antara keduanya saling berusaha untuk mengalahkannya.

Contohnya begini...... akan saya berikan contoh terdekat sama ada lelaki mahupun perempuan.

Yang lelaki jenis yang tinggi hawa nafsunya....nak melakukan hubungan seksual takut dosa,nampak sangat berdosa pastu tengok movie porno untuk memuaskan nafsu,samalah juga ianya tetap berdosa. Ianya bukan setakat itu sahaja,disambungnya lagi adegan melancap/merancap/beronani dalam tandas. Kemudian timbullah rasa bersalah yang amat sangat lalu memohon keampunan daripada Allah. Kalau dah bertaubat,cukup-cukuplah buat perkara dosa itu lagi tapi ini tidak....kawal punya kawal nafsu...akhirnya tewas juga dengan nafsu...buat lagi kerja-kerja berdosa itu lagi.....dan begitulah seterusnya..

Bagi kaum perempuan juga tiada bezanya,lagi senang mereka memperoleh dosa berbanding kaum lelaki. Sebagai contoh, yang tahu perlakuan itu suatu dosa seperti membuka aurat(freehair n so on) tapi tetap tegar melakukannya.. Kononnya nak tunjuk lawa la..ceh...kemudian ditegurnya perbuatan dosanya itu...bertaubatlah kejap..pastu buat balik dan seterusnya perkara sedemikian berulang...

Banyak lagi contoh hati yang sakit ni..antaranya,

Kita pandai berkata-kata yang kita mempercayai Allah SWT namun tidak pun kita mematuhi perintah-Nya,cakap je pandai tapi habok pun tadak...Kita pandai mengatakan yang kita cintakan Rasulullah SAW namun kita tidak pun ikut sunnahnya.Kita hebat membaca Al-Quran namun satu makna daripada ayat yang kita bacapun tak faham apatah lagi mempraktikkan nilai-nilai didalamnya. Kita menikmati semua pemberian atau rezeki Allah SWT berikan pada kita namun kita tidak mensyukurinya. Ni la yang dikatakan hamba Allah yang sombong tak tahu bersyukur. Yang nampaknya merungut-rungut kenapa Allah buat aku begini buat aku begitu...hallooo,dasar tak sedar diri..Allah bg kita ujian sikit kita dah merungut menyalahkan-Nya...nampak je..tapi kita nampak kita perasan tak yang terlalu banyak tak terkira Allah berikan kepada kita??? Renung-renungkan semula.... Kita tahu bahwa syaitan adalah musuh kita namun kita tidak melawannya. Syaitan kata pergi meniru dalam exam kita tiru,syaitan kata jangan sembahyang,kita buat pun ikut.... bukannya kita nak lawan syaitan habis-habisan tapi kita pulak tewas duk jadi pengikut setia dia....ishk...tak perasan ke yang kita ni dah jadi pak turut syaitan???? Mintak jauh la daripada tu ya Allah....  

Kita pandai kata nak masuk syurga namun kita tidak berusaha dengan sungguh-sungguh untuk memasukinya. Mulut je pandai cakap tapi langsung tiada usaha untuk menujunya. 

Kita hebat berkata tidak ingin dilempar dalam neraka tapi kita tidak berusaha dengan sungguh untuk menghindarinya. Wahai teman-teman...mati kita tak tahu bila,manalah tahu lepas baca blog nih kita mati,tak sempat nak bertaubat...hinanya kita tuan-tuan... nampak sangat betapa bodoh sombongnya kita ni puan-puan... sepertimana yang saya katakan tadi,kita percaya bahwa setiap makhluk hidup pasti akan mati namun kita tidak pernah menyiapkan diri menghadapi kematian tersebut. Malah kita duk sibuk bergosip membicarakan orang lain dan mencari tahu kekurangan mereka namun kita lupa akan kesalahan dan kekurangan kita sendiri. 

Allah dah tunjuk contoh depan mata kita.Kita ikut menguburkan yang mati namun kita tidak mengambil pelajaran dari yang sudah mati itu. Mengapa kita tidak merasakan apa-apa kesan dari kematian orang lain??? Sebabnya adalah hati kita sedang sakit dan ianya perlu diubat segera.

Sidang pembaca sekalian,
Hati jenis ini, mencintai Allah, iman kepadaNya beribadah kepadaNya dengan ikhlas dan tawakkal kepadaNya, itu semua selalu dilakukannya tetapi ia juga mencintai nafsu syahwat dan kadang-kadang sangat berperan dalam hatinya serta berusaha untuk mendapatkannya. 

Hasad, sombong (dalam beribadah kepada Allah), ujub, dan terombang-ambing antara dua keinginan yaitu keinginan terhadap kenikmatan kehidupan akhirat serta keinginan untuk mendapatkan gemerlapnya dunia.Maka hati yang pertama hidup, tumbuh, khusyu' dan yang kedua layu kemudian mati. Adapun yang ketiga dalam keadaan tidak menentu, apakah akan hidup ataukah akan mati. Kemudian banyak sekali orang yang hatinya sakit dan sakitnya bahkan semakin parah, tetapi tidak merasa kalau hatinya sakit, bahkan sekalipun telah mati hatinya tetapi tidak tahu kalau hatinya telah mati.

Mungkin setakat ini sajalah yang termampu saya kongsikan,kalau penyampaian post kali ni tak berapa nak best mohon maaf dariku mungkin kurangnya research untuk tajuk kali nih maklumlah dah lama cuti daripada blog nih. Harus diingat, kita manusia biasa yang ada cacat celanya ada dosanya

Apapun .... 
Perbetulkanlah salah silapku kerana kita manusia sememangnya tak dapat lari dari melakukan kesilapan bukan dengan menghukum....

Wallahua’lam.....


 to be continued
 InsyaAllah

Tuesday, February 8, 2011

Mengenal Hati Part 4

HATI yang HIDUP

Assalamualaikum............

Sememannya jika difikir dari logik akal, selagi kita manusia ni hidup pastinya hati kita juga hidup tapi harus diingat seperti yang dibahaskan tadi jangan dilihat hati manusia dari sudut zahiriah semata2 tapi lihatlah juga dari sudut batiniahnya. Hati yang hidup bermaksud Hati yang senantiasa dihiasi dengan ketaqwaan seorang hamba kepada penciptanya Allah SWT.Nak tahu hidup ke tak hati kita lihatlah dari amalan kita kerana hati yang hidup akan senantiasa disucikan dengan amal soleh. Ianya bersih dari perbuatan2 tercela oleh agama dan ia sentiasa dipenuhi dengan cahaya dari Allah. Senang citer, hati yang hidup ni adalah hati yang bersih dari dosa dan percayalah ianya akan mendapatkan hidayah daripada Allah.

Seperti yang pernah diperkatakan,Hati adalah raja kepada seluruh anggota tubuh badan.
Bersih hati,maka baiklah seluruh tingkah anggotanya.Jika buruk dan mati,maka akan buruklah kesannya di sekeliling oleh tingkah laku yang juga buruk.
Kita duk bincang pong pang pong pang pnjang lebar pasal hati tapi kita tahu ke tak keadaan hati kita sekarang ni??? Hati jenis mana kita ada la ni??? Hidup ke....sakit ke...mati ke..... moh kita check sama2...

Menurut maklumat yang diperolehku,ada 7 tanda yang menunjukkan yang hati kita ni hidup lagi..

PertamaLapang dada bila terima ajaran Islam.

Firman Allah:
Maksudnya: Orang yg Allah lapangkan dada mereka adalah
org yg mendapat cahaya dr tuhannya.(22: Zumar)

Sabda Rasulullah:
"Apabila cahaya masuk ke dalam hati seseorang maka dadanya akan
lapang dan terbuka"

 Para sahabat bertanya: "
Ya Rasulullah; Adakah ada tanda2 yg menunjukkan demikian?" 

Lalu Nabi s.a.w menjawab:
Maksudnya: Org yg beramal utk kembali ke Akhirat yg kekal,
Jauh dirinya dgn dunia yg memperdaya dan bersedia untk mati
sebelum ianya tiba."(Hr Hakim)

Teman2 sekalian....Lapang dada ni maksudnya hati kita ni mudah  nak terima dan patuh setiap
ajaran Islam dan sebaliknya bagi dada yang sempit(bukan semput).


KeduaBerasa gementar hati kita semasa berzikir mengingati Allah.

Firman Allah:

"Sesungguhnya sifat khusus org2 yg beriman apabila disebut
nama Allah akan gementar hati2 mereka..."(2: Al-Anfal)

Tapi malangnya,kita semua ni kalau bab2 nak berzikir susah je... ingat pun satu dua je...tu pun yang seringkali ditayang di TV.... tapi...kalau bab2 lagu...kalau masuk Jangan Lupa Lirik...perh...masing2 tunjuk terror.... berhibur tak ada salahnya tapi biarlah kena dengan cara dan gayanya... kalau duk nyanyi...felling habis lentok habis tapi kalau duk zikir...mulut je terkumat-kamit macam tengah jampi tapi....tak ada feel langsung....


KetigaHati yg khusuk mengingati Allah.

Firman Allah:

"Sesungguhnya mereka bersegera melakukan kebaikan,
berdoa kepada kami dgn penuh mengharap dan takut dan
mereka khusuk mengingati kami"(90:Al-Anbiya)

Khusyuk adalah
1. Hadirkan hati dalam Ibadah.
2. Memahami makna yang di lafazkan.
3. Mengagungkan Allah dengan adanya sifat takut dan sentiasa berharap.

Ini tak...time sembahyang tu la...macam2 ada....... time tu la teringat nak makan la,assignment tak buat lagi la,baju tak basuh lagi la...dan banyak lagi...anda sendiri tahu dan pernah merasainya kan...jangan nak tipu la....kalau bab nak faham betul2 apa yang kita lazfazkan sekaligus sememangnya sukar tapi slow2 la....InsyaAllah boleh....


KeempatMudah terkesan dengan nasihat.

Satu cerita yang boleh dikongsi bersama..Ketika Ali Zainal Abidin melihat hamba perempuanya tertuang air panas ke kepala anaknya sehingga mati anaknya. Baru sahaja nak dimarahi hambanya;lalu hambanya membaca Ayat
"Dan org2 yg menahan marahnya" 

Maka Ali Zainal Abidin berkata: Aku tahan marahku.

Hambanya menyambung ayat tadi :
"Dan org2 yg memaafkan kesalahan manusia lain" 

Ali Zainal Abidin berkata kembali : Aku Maafkan kamu.

Hambanya menghabiskan ayat tadi
"dan Allah mengasihi org2 yg melakukan kebaikan."(134: Ali Imran)
Beliau berkata: Engkau dibebaskan.


KelimaMerasai kemanisan Iman.

Nabi s.a.w bersabda: "Seseorang itu akan merasai kemanisan
Iman bila dia reda Allah sebagai tuhannya, Islam sebagai agamanya
dan Muahmmad sebagi Nabi dan Rasul. (Hr Muslim)

Imam Ibnu Hajar mengumpamakan orang yang mempunyai hati yang baik
adalah sperti orang yang sihat dimana dia merasai kemanisan madu.
Adapun org yg mempunyai hati yg sakit seumpama pesakit yg merasai madu itu pahit.


KeenamSentiasa merasai bahawa diri kita ni dekat dengan Allah.

Tandanya ialah orang yg menjadikan ibadah dan bermunajat kepada Tuhannya sebagai hobi yang amat sukar untik ditinggalkan. Seperti mana Nabi Isa a.s berkata kepada Hawariyyin :

"Banyakkan bercakap dengan tuhan dan sedikitkan bercakap dgn manusia

Mereka bertanya :"Bagaimana banyak bercakap dgn tuhan?" 

Lalu Nabi Isa menjawab :"Hendaklah kamu sentiasa bersendirian mengingatinya,
bersendirian beribadat kepadanya dan bersendirian bermunajat degannya."
(Hr Abu Naim dlm kitab Hilyah)



KetujuhSentiasa kembali kepada Allah.

Maksud kembali disini adalah setiap perkara yang kita lakukan tak kiralah apa jua perkara sekalipun,kita akan sentiasa berserah kepada Allah kerana Dia Yang Maha Menciptakan dan Dia jugalah Yang Maha Mematikan segala-galanya.

Firman Allah:
"Maka hendaklah kamu lari menuju kepada Allah...(50: az-Zariat)

"Dan org2 yg apabila mereka melakukan kejahatan atau menzalimi
diri mereka sendiri; mereka terus mengingati Allah dan meminta ampun kpd Allah..."(135: Ali Imran)

Dalam keadaan senang dan susah hendaklah kita kembali kepada Allah.

Rasulullah bersabda:

"Amat dikagumi keadaan orang beriman. Mereka sentiasa dalam kebaikan.
Sekiranya mereka mendapat kebaikan mereka akan bersyukur;
itu adalah kebaikan baginya dan bila mendapat kesusahan
mereka akan bersabar; itu juga kebaikan baginya."

Perbetulkanlah salah silapku kerana kita manusia sememangnya tak dapat lari dari melakukan kesilapan bukan dengan menghukum....

Wallahua’lam.....


 to be continued
 InsyaAllah