Sunday, December 5, 2010

Carilah Sahabat Dalam Berteman...


Assalamualaikum…..
Inginku berkongsi pandangan…

Manusia diciptakan Allah sbgai makhluk yang berpasang-pasangan. Oleh itu,manusia adalah makhluk sosial yang berkeinginan untuk bergaul dan bermasyarakat. Hidup berpasangan disini bukanlah diertikan sebagai hidup antara suami atau isteri semata-mata tapi juga golongan manusia di sekeliling kita. Mana mungkin seorang manusia dapat hidup didunia,disebuah negara,negeri,daerah atau kampung mahupun disebuah rumah dengan bersendirian tanpa berkomunikasi. Jika ada manusia sebegitu maknanya ada sesuatu yang tak kena denganny. Oleh itu, kita memerlukan manusia lain untuk teruskan kehidupan. Antara perhubungan sosial adalah berteman,berkawan dan bersahabat.

Teman,kawan dan sahabat adalah perkara yang cukup berbeza. Apa yang bezanya..??? Teman....siapa saja blh berteman...orang yang kita baru jumpa tadi pun dikira teman. Kawan....kawan ialah seseorang yang kita kenal hanya dari beberapa aspek cntoh, namanya,asalnya,tinggalnya dimana, dan beberapa aspek umum yang lain.

Teman dan kawan cukup berbeza dengan sahabat. Sahabat akrab perhubungannya. Segala suka dan duka,seorang sahabat sentiasa bersama. Namun lain pula dengan sahabat sejati..apa yang bezanya??  Susahmu susah kita bersama..susahku...biarlah aku sahaja yang tahu...itulah sahabat sejati bagiku.

Renungkan sejenak....kisah seorang sahabat Rasulullah s.a.w,Abu Bakar r.a. Ketika itu Abu Bakar menemani Rasulullah hijrah. Kemudian Allah mewahyukan Rasulullah untuk beristirehat di suatu gua Thur namanya. Masuklah mereka berdua kedalam gua untuk berehat lalu tertudurlah baginda di atas pangkuan Abu Bakar. Tiba2 muncul seekor ular kearah mereka dan Abu Bakar percaya yang ular itu akan mematuk mereka. Dalam keadaan kaki Abu Bakar yang terjulur,dia tahu bahawa ular itu akan mematuknya terlebih dahulu. Ingin diusirnya ular itu namun jika diusir,Rasulullah pasti akan terjaga dari tidurnya. Kemudian,Abu Bakar sanggup menahan dan merelakan kakinya dipatuk ular tersebut hanya untuk tidak mahu mengganggu tudur Rasulullah. Setelah dipatuk, pasti menjerit seseorang itu namun Abu Bakar menahan jeritannya kerana tidak mahu mengganggu tidur orang yang dicintainya.....

Begitulah serba sedikit kisah sahabat sejati,sahabat yang unggul dalam perhubungan namun cukup sukar untuk kita mencapai tahap sebegitu dalam perhubungan hari ini.  

Kerinduan adalah sebahagian daripada proses menjalin persahabatan. Tapi, kebanyakan daripada kita lebih merindui, lebih mencintai pasangan kekasihnya lebih dr sgala-galanya. Mabuk dan hanyut dialam percintaan. Bagiku, cinta utama adalah cinta kepada Pencipta,Allah s.w.t itulah cinta utama cinta yang paling agung sebenarnya. Sesungguhnya dengan mletakkn cinta kepada-Nya pasti cinta dan sayang sesama manusia akan lebih bermakna. Cinta kedua cinta kepada Rasulullah. Seterusnya cinta kepada ibu bapa cinta pada keluarga. Cinta keempat, cinta kepada sahabat dan yang terakhir barulah cinta kepada pasangan. Ini tidak, kebanyakan kita zaman sekarang ni lebih mengutamakan lebih mengangungkan cinta kepada kekasih. Kekasih diletakkan no.1. Bila dah gaduh, ade konflik, siapa yang akan kita cari kalau bukan sahabat. Setrusnya beransur kepada ibu bapa dan keluarga, baru nak ingat ajaran nabi. Akhirnya baru nak ingat Allah. Inilah yang berlaku dalam kebanyakan manusia zaman sekarang. Baik sahabat baiklah kita, buruk sahabat hancurlah kita.

Teman-temanku,

Ramai juga yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada yang kecewa akibat dikhianati. Antara perkara yang sering menyebabkan goyahnya nilai persahabatan ialah  pemikiran yang tertutup atau keras kepala- “aku dah besar so terima kasih je la atas nasihat yang  panjang berjela-jela tu.” Tidak setia dan tiada kepercayaan- “ko tau tak,tadi kawan aku bagitau aku rahsia dia...rupanya dia ni bla...bla...bla... Perubahan perasaan- contohnya bila dah ngam dengan kawan baru, sahabat ditolak tepi. Itukah sahabat yang dicari atau yang ingin kita jadi??? Disebabkn masalah sebeginilah hilangnya kepercayaan seorang sahabat. Sungguh malang bukan???

Harus diingat...
 Mempunyai seorang sahabat sejati lebih berharga daripada seribu teman. Saya percaya setiap daripada kita sekurang-kurangnya ada seorang sahabat yang seringkali berkongsi segala cerita. Namun begitu ada juga sesetengah orang tak tahu menilai adakah itu adalah sahabatnya...ini pun masalah juga...masalah tak tahu menilai orang lain.

 Apa yang utama dalam bersahabat ialah kepercayaan. Bila hilangnya kepercayaa, runtuhlah sebuah persahabatan. Sekali kita rosakkan kepercayaan orang, sampai bila-bila orang tidak akan mempercayai kita. Seumur hidup terpaksa menanggung sakitnya bila tiada yang mahu mempercayai kita lagi. Dilabel  ‘tidak amanah’, tak boleh dipercayai,” pasti amat menyakitkan. Lalu timbullah tekanan perasaan atau stress. Bila stress makin teruk,mulalah nak  cari orang tu orang ni nak mengadu segala masalah namun tiada siapa dah nak layan masa tu lagi jadi, mulalah luahkn tekanan dengan cara yang salah.

Oleh itu, bagaimana selayaknya menjadi seorang sahabat unggul???

Dalam Islam, faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan meranalah kita. Selari dengan hadith Rasulullah SAW yang bermaksud;
Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R. Abu Daud).

Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik???
 Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya ; “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :
1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
13. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat

Oleh itu,carilah dan jadilah sahabat ketika berkawan. Pasti kita menemuinya dengan syarat ikhlas dalam perhubungan kerana Allah s.w.t... 


Sekian saja coretanku kali ini..
Salah dan silap harap dimaafkan...
Assalamualaikum....

No comments:

Post a Comment