There was an error in this gadget

Friday, December 2, 2011

Analisis Dan Penyangkalan Teori Evolusi Part 7

RASISME DARWIN


     Satu di antara aspek Darwin yang paling penting ialah fahaman rasnya (rasisme); Darwin menganggap bangsa kulit putih Eropah adalah ‘lebih maju' daripada bangsa-bangsa manusia lain. Apabila Darwin menganggarkan manusia telah berubah daripada makhluk beruk, dia menduga bahawa sesetengah bangsa telah berkembang lebih maju daripada yang lain dan sesetengah bangsa lain pula masih memiliki sifat-sifat monyet.

     Di dalam bukunya, The Descent of Man, yang telah diterbitkan selepas buku The Origin of the Species, beliau telah memberikan komentar berkenaan "perbezaan yang ketara di antara manusia dari bangsa yang berbagai"1 Di dalam bukunya, Darwin beranggapan bangsa kulit hitam dan Australian Aborigines sebagai kesinambungan kepada gorila dan kemudian disimpulkan bahawa ini semua boleh berlaku dengan "civilised races" (mentamadunkan bangsa-bangsa) mengikut masa.

Beliau berkata:

"Di suatu jangka masa akan datang, tidak terlalu jauh seperti diukur dengan abad-abad, pertamadunan bangsa-bangsa manusia ini akan menghapuskan dan menggantikan tempat bangsa-bangsa liar di seluruh dunia. Pada masa yang sama, beruk-beruk yang menyerupai manusia (anthropomorphous apes)... pasti akan terhapus. Perbezaan di antara manusia pada peringkat yang lebih bertamadun ini, seperti yang kita harapkan, sehinggakan Caucasian* dan beberapa beruk rendah seperti babun, seumpama perbezaan di antara bangsa Negro atau Australian dan gorila".

     Idea gila Darwin ini tidak hanya sebuah teori, tetapi juga telah berada pada satu kedudukan yang menghasilkan "landasan saintifik" yang paling penting untuk rasisme.
Dengan beranggapan bahawa hidupan ini berubah dalam usaha untuk hidup, Darwinisme telah mengadaptasikannya ke dalam sains sosial, dan ia menjadi sebuah konsep yang dikenali sebagai "Darwinisme Sosial" (Social Darwinism).

     Darwinisme sosial mendakwa bahawa kemunculan ras manusia dapat dikesan pada pusingan "tangga-tangga evolusi"

Bersambung.......

Analisis Dan Penyangkalan Teori Evolusi Part 6

KHAYALAN DARWIN/DARWIN'S IMAGINATION

     Individu yang mengemukakan teori evolusi ini ialah seorang naturalis amatur, Charles Robert Darwin.

     Darwin tidak pernah mendapat pendidikan biologi secara formal. Beliau hanya meminati subjek alam semulajadi dan benda-benda hidup. Minat beliau terhadap subjek ini telah mendorong beliau menjadi sukarelawan sebuah ekspedisi di atas sebuah kapal bernama,H.M.S Beagle yang dirancangkan di England pada tahun 1832 dan mengembara mengelilingi berbagai kawasan-kawasan yang berbeza di seluruh dunia selama lima tahun.

     Darwin yang masih muda pada masa itu, amat tertarik dengan berbagai spesies hidupan, terutamanya burung-burung ciak yang dilihatnya di Kepulauan Galapagos. Dia menyangkakan bahawa variasi pada paruh burung tersebut adalah disebabkan oleh adaptasi (penyesuaian) mereka terhadap habitat mereka.

     Dengan meletakkan idea ini di dalam mindanya, beliau menyangka bahawa asal hidupan dan spesies adalah berlandaskan kepada konsep "adaptasi kepada persekitaran".  Menurut Darwin, spesies-spesies hidupan yang berbeza ini bukannya diciptakan oleh Allah, tetapi sebaliknya datang daripada satu moyang dan kemudiannya menjadi berbeza di antara satu sama lain disebabkan oleh keadaan-keadaan semulajadi.

     Hipotesis Darwin ini tidak berdasarkan kepada mana-mana penemuan atau eksperimen sains; bagaimanapun beliau kemudiannya telah menukarkan teori ini menjadi sebuah teori yang berpengaruh hasil sokongan dan galakan yang diterimanya daripada ahli-ahli biologi materialis yang terkenal pada masa itu.
Idea tersebut ialah individu-individu yang telah menyesuaikan diri dengan habitat sebagai suatu cara terbaik memindahkan kualiti mereka kepada generasi-generasi mendatang; kualiti berguna (advantageous qualities) ini telah berkumpul di dalam satu masa dan merubah individu tersebut kepada suatu spesies yang berlainan sama sekali dengan moyangnya.(Asal kepada "kualiti-kualiti berguna" ini belum diketahui pada zaman tersebut). Menurut Darwin, manusia merupakan hasil termaju mekanisme ini.

     Darwin menggelar proses ini sebagai "evolusi oleh pilihan semulajadi". Beliau menyangkakan bahawa dia telah menemui asal usul hidupan, iaitu: asal suatu spesies ialah spesies yang lain. Beliau mengeluarkan pandangan ini di dalam bukunya bertajuk "The Origin of Species, By Means of Natural Selection" pada tahun 1859.

     Darwin menyedari teorinya ini akan menghadapi banyak masalah. Beliau menyakuinya sendiri di dalam buku tersebut di dalam bab "Difficulties of the Theory" (Kesukaran-kesukaran Teori Ini). Kesukaran-kesukaran ini secara dasarnya berkaitan dengan rekod-rekod fosil dan organ-organ hidupan yang kompleks yang tidak dapat dijelaskan sebagai suatu kebetulan (seperti mata), dan naluri benda-benda hidup ini. Darwin berharap supaya kesukaran-kesukaran ini akan dapat diselesaikan oleh penemuan-penemuan terbaru; tetapi ini semua tidak menyekatnya untuk mengeluarkan sejumlah penjelasan yang berbagai.

     Seorang ahli fizik Amerika, Lipsonmembuat komentar berikut tentang kesukaran-kesukaran Darwin ini:
Ketika membaca The Origin of Species, saya mendapati Darwin sendiri tidak yakin dengan apa yang dikatakannya seperti yang sering ditonjolkannya; sebuah bab bertajuk "Difficulities of the Theory" sebagai contoh, menunjukkan keraguan yang nyata. Sebagai seorang ahli fizik, saya amat hairan dengan komentar beliau tentang bagaimana mata diterbitkan. 

     Ketika memajukan teori beliau, Darwin merasa kagum dengan ramai ahli biologi evolusionis yang menyokong beliau, terutamanya oleh seorang ahli biologi Perancis, Lamarck.menurut Lamarck, makhluk-makhluk hidup memindahkan sifat-sifat yang mereka terima sepanjang hidup mereka dari satu generasi kepada generasi berikutnya dan dengan demikian ia berubah.

     Sebagai contoh, zirafah telah berubah daripada rusa dengan memanjangkan lehernya sedikit demi sedikit dari satu generasi ke satu enerasi ketika mereka cuba mencapai dahan-dahan yang lebih tinggi untuk mendapatkan makanan.

     Darwin telah menggunakan tesis "memindahkan sifat-sifat yang diperolehi" yang dikeluarkan oleh Lamarck sebagai suatu faktor yang menyebabkan benda hidup berubah.
Tetapi, kedua-dua mereka, Darwin dan Lamarck telah melakukan kesilapan kerana pada masa tersebut, hidupan hanya dapat dikaji dengan teknologi yang amat primitif dan pada peringkat yang amat tidak mencukupi.

     Lapangan sains seperti genetik dan biokimia belum wujud walau hanya pada nama. Teori-teori mereka ini hanya bergantung penuh kepada keupayaan imaginasi mereka semata-mata.
Ketika gegak buku Darwin ini telah bergema, seorang ahli botani Austria, Gregor Mendeltelah menemui undang-undang pewarisan pada tahun 1865. Tidak banyak yang dapat diketahui sehinggalah pada penghujung abad tersebut, penemuan Mendel telah mendapat kepentingan yang besar pada awal 1900an. Ia merupakan kelahiran kepada ilmu sains genetik.

     Tidak berapa lama kemudian, struktur gen dan kromosom telah ditemui. Penemuan molekul DNA pada tahun 1950an yang mengandungi maklumat-maklumat genetik, telah meletakkan teori evolusi di dalam krisis hebat. Ianya disebabkan oleh kekompleksitian hidupan yang mengagumkan di samping ketiadaan mekanisme-mekanisme evolusi yang dikemukakan oleh Darwin.
Kemajuan-kemajuan ini sepatutnya telah menyebabkan teori Darwin dibakulsampahkan daripada sejarah. 

     Bagaimanapun, ia tidak berlaku, kerana terdapat beberapa golongan tertentu yang cuba menyemak semula, memperbaharui dan mengangkat teori ini ke platform sains. Keadaan ini hanya dapat difahami sekiranya kita menyedari bahawa di sebalik teori ini terdapat kepentingan ideologi yang lebih daripada sains.

Bersambung..........

Analisis Dan Penyangkalan Teori Evolusi Part 5

SEJARAH RINGKAS TEORI EVOLUSI

     Asal usul kepercayaan evolusi ini adalah seiring dengan kepercayaan yang menolak kewujudan ciptaan (Allah). Sebahagian besar daripada ahli-ahli falsafah yang tidak beragama di Greece purba telah mempertahankan ide evolusi ini.
     
      Jika kita mengkaji sejarah falsafah, kita akan mendapati bahawa ide evolusi ini telah menjadi tulang belakang kepada banyak falsafah-falsafah pagan yang tidak beragama. Bagaimanapun, falsafah-falsafah purba ini tidak membantu perkembangan sains moden, sebaliknya keimanan kepada Allahlah yang memainkan peranan yang memberangsangkan dalam melahirkan dan mempertingkatkan sains moden. 

     Kebanyakan pengasas-pengasas sains moden mempercayai kewujudan Allah; dan ketika mempelajari sains mereka berusaha untuk meneroka cakerawala yang Allah ciptakan dan memahami undang-undang-Nya dan segala maklumat di dalam ciptaan-Nya.

     Ahli-ahli falak (astronomer) sepertiLeonardoda Vinci, Copernicus, Keppler, Galileo; Bapa Paleontologi, Cuveir; pengasas sains botani dan zoologi, Linnaeus; dan Isaac Newton, yang dirujuk sebagai "seorang saintis terhebat pernah hidup", mereka semua telah mengkaji sains dan mempercayai tidak hanya kepada kewujudan Allah tetapi mereka juga percaya bahawa seluruh cakerawala ini muncul sebagai suatu hasil daripada ciptaanNya.


Albert Einstein, yang dianggap sebagai orang terpintar pada zaman kita, merupakan di antara saintis warak yang mempercayai Allah dan menyatakan seperti berikut;

"Saya tidak mengiktiraf kebijaksanaan seorang saintis yang tidak mempunyai keimanan yang mendalam. Situasi ini dapat dijelaskan melalui sebuah gambaran iaitu; Sains tanpa Agama adalah pincang".

     Salah seorang pengasas sains fizik moden, seorang ahli fizik Jerman Max Planck menyatakan bahawa sesiapa yang mempelajari sains secara serius, adalah untuk membaca fasa yang terdapat di atas pintu sebuah kuil sains, iaitu; "Berimanlah". Iman adalah sifat utama seorang saintis.

Bersambung.....

Analisis Dan Penyangkalan Teori Evolusi Part 5

SEJARAH RINGKAS TEORI EVOLUSI

     Asal usul kepercayaan evolusi ini adalah seiring dengan kepercayaan yang menolak kewujudan ciptaan (Allah). Sebahagian besar daripada ahli-ahli falsafah yang tidak beragama di Greece purba telah mempertahankan ide evolusi ini.
     
      Jika kita mengkaji sejarah falsafah, kita akan mendapati bahawa ide evolusi ini telah menjadi tulang belakang kepada banyak falsafah-falsafah pagan yang tidak beragama. Bagaimanapun, falsafah-falsafah purba ini tidak membantu perkembangan sains moden, sebaliknya keimanan kepada Allahlah yang memainkan peranan yang memberangsangkan dalam melahirkan dan mempertingkatkan sains moden. 

     Kebanyakan pengasas-pengasas sains moden mempercayai kewujudan Allah; dan ketika mempelajari sains mereka berusaha untuk meneroka cakerawala yang Allah ciptakan dan memahami undang-undang-Nya dan segala maklumat di dalam ciptaan-Nya.

     Ahli-ahli falak (astronomer) sepertiLeonardoda Vinci, Copernicus, Keppler, Galileo; Bapa Paleontologi, Cuveir; pengasas sains botani dan zoologi, Linnaeus; dan Isaac Newton, yang dirujuk sebagai "seorang saintis terhebat pernah hidup", mereka semua telah mengkaji sains dan mempercayai tidak hanya kepada kewujudan Allah tetapi mereka juga percaya bahawa seluruh cakerawala ini muncul sebagai suatu hasil daripada ciptaanNya.


Albert Einstein, yang dianggap sebagai orang terpintar pada zaman kita, merupakan di antara saintis warak yang mempercayai Allah dan menyatakan seperti berikut;

"Saya tidak mengiktiraf kebijaksanaan seorang saintis yang tidak mempunyai keimanan yang mendalam. Situasi ini dapat dijelaskan melalui sebuah gambaran iaitu; Sains tanpa Agama adalah pincang".

     Salah seorang pengasas sains fizik moden, seorang ahli fizik Jerman Max Planck menyatakan bahawa sesiapa yang mempelajari sains secara serius, adalah untuk membaca fasa yang terdapat di atas pintu sebuah kuil sains, iaitu; "Berimanlah". Iman adalah sifat utama seorang saintis.

Bersambung.....

Analisis Dan Penyangkalan Teori Evolusi Part 3

MATERIALISME TULI

    Teori Evolusi dianggap "asas sains" dan dipertahankan secara membuta tuli dalam usaha untuk menyokongnya. Kini, apabila sains sendiri telah menyanggah kebenaran teori ini, maka mereka terus menyokongnya hanya untuk mengekalkan kesinambungan materialisme ini.

     Beberapa kenyataan yang ditulis oleh seorang saintis evolusi Turkey telah membincangkan kebarangkalian berlakunya pembentukan ”Cytochrome-C” sebagai suatu kebetulan.
Cytochrome-C ialah enzim terpenting di dalam pembentukan suatu hidupan. Beliau menerangkan seperti berikut:

Kebarangkalian pembentukan sebuah rangkaian Cytochrome-C adalah mustahil. Iaitu, sekiranya suatu hidupan berkehendak kepada suatu rangkaian yang tertentu, dapat dianggarkan ia mempunyai kemungkinan yang sukar untuk terungkai sekali ke seluruh cakerawala. Melainkan, suatu kuasa metafizik yang di luar definisi kita telah mengaktifkan formasinya. Untuk menerima kenyataan ini adalah tidak secocok dengan matlamat sains. Oleh itu, kita terpaksa melihat kembali kepada andaian yang pertama.

Michael Behe: "kebisuan yang memalukan mengelilingi kekompleksitian sebuah sel"

     Pandangan dogma materialistik inilah yang menyebabkan sebahagian besar saintis ternama di dalam bidang ini adalah ateis (tidak beragama).

     Seorang pakar biokimia Amerika, Dr. Michael J. Behe, merupakan seorang saintis terkemuka yang menyokong "penciptaan bijaksana" (intelligent design) yang sejak kebelakangan ini mula diterima. Beliau menggambarkan para saintis yang menolak kepercayaan terhadap suatu "rekaan" atau "ciptaan" organisma hidup ini seperti berikut;

Lebih empat dekad, biokimia moden masih belum dapat mengesan rahsia sel. Ia menuntut berpuluh ribu orang untuk mengorbankan sebahagian hidup mereka untuk bekerja di dalam makmal-makmal yang membosankan. Hasil kumulatif ini adalah untuk mengkaji sel tersebut - mengkaji kehidupan pada peringkat molekul - ia amat jelas, ia adalah suatu "ciptaan".
Ini adalah bahaya yang dibawa oleh para saintis evolusi yang berfahaman ateis menolak keterangan dan bukti-bukti jelas daripada Pencipta.

      Satu contoh yang terbaik ialah seorang evolusionis yang terkemuka, Richard Dawkins yang menyeru kepada orang-orang Kristian supaya tidak beranggapan bahawa mereka telah melihat sebuah mukjizat sekali pun mereka telah melihat tugu Mariam Si Dara (Virgin Mary) melambai kepada mereka.

       Pemikiran orang-orang yang tidak beriman ini telah wujud di dalam sejarah. Di dalam al-Quran ia diungkapkan seperti berikut;
     
Dan jika Kami turunkan malaikat pun kepada mereka, dan orang-orang yang mati (hidup semula lalu) berkata-kata dengan mereka, dan kami himpunkan pula tiap-tiap sesuatu di hadapan mereka (untuk menjadi saksi tentang kebenaran Nabi Muhammad), nescaya mereka tidak juga akan beriman, kecuali jika dikehendaki Allah; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenar). (Surah Al-An'aam:111)

Pemikiran yang sama telah diterangkan di dalam ayat lain di dalam al-Quran:

Dan kalau Kami bukakan kepada mereka mana-mana pintu langit, kemudian mereka dapat naik melalui pintu itu (pada siang hari yang membolehkan mereka menyaksikan segala kenyataan yang ada).Tentulah mereka akan (mengingkari kenyataan yang benar itu dengan) berkata: "Hanya mata kami telah disilapkan penglihatannya bahkan kami adalah kaum yang telah disihirkan (oleh Muhammad)". (Surah Al-Hijr:14-15)



Bersambung.........

Analisis Dan Penyangkalan Teori Evolusi Part 2

MEMBEBASKAN DIRI DARIPADA PREJUDIS

     Seorang ahli biologi akan mendapati terdapatnya keseimbangan yang sukar difahami di dalam molekul protein yang menjadi blok pembinaan hidupan, maka amat mustahil untuk kita katakan bahawa ianya terjadi secara kebetulan sahaja.

     Lebih-lebih lagi, dia mendakwa protein ini berasal daripada kerak bumi yang primitif dan kemudian terkesan secara kebetulan berbilion-bilion tahun dahulu. Tidak cukup dengan itu; dia juga mendakwa tanpa ragu-ragu bahawa tidak hanya satu, tetapi berjuta-juta protein terbentuk secara kebetulan dan bercantum untuk membentuk suatu sel hidupan yang pertama. Lebih daripada itu, dia juga berterusan mempertahankan pendapatnya dengan kedegilan yang tuli. Individu ini adalah seorang saintis "evolusi".

     Sekiranya saintis yang sama ini berjumpa dengan tiga bongkah bata bertindan di antara satu sama lain, ketika berjalan-jalan di suatu lorong, pasti dia tidak akan beranggapan batu bata ini telah bercantum secara kebetulan dan merangkak naik antara satu sama lain, juga secara kebetulan.

     Bukan itu sahaja, malah sesiapa yang membuat andaian seperti itu akan dianggap tidak siuman.
Bagaimana mungkin manusia yang berfikiran rasional dalam kes-kes biasa seperti ini, tetapi berubah menjadi tidak waras apabila memperkatakan tentang kewujudan mereka sendiri?

     Terdapat dua pandangan yang boleh menjelaskan bagaimana kehidupan boleh wujud di muka bumi ini;
1- Semua benda hidup ini telah diciptakan oleh allah s.w.t di dalam bentuk struktur yang sempurna,
2-  Kehidupan ini terbentuk secara tidak sengaja atau secara kebetulan. Yang kedua ini adalah pendapat teori evolusi.

     Jika kita lihat pada data-data saintifik, iaitu biologi molekul sebagai contoh, kita akan dapati bahawa tidak mungkin sebuah sel - walau hanya satu daripada berjuta-juta protein yang terdapat di dalam sel - dapat wujud secara kebetulan, sebagaimana yang didakwa oleh evolusionis.
Pandangan pertama adalah seratus peratus betul. Iaitu kehidupan ini terjadi secara berencana (bukannya kebetulan). Dengan kata lain, ianya telah diciptakan. Kenyataan ini bukannya suatu andaian, tetapi ia adalah suatu konklusi yang normal dan dapat diterima oleh akal fikiran, logik dan sains.



Analisis Dan Penyangkalan Teori Evolusi

Assalamualaikum n selamat petang...

Tajuk Analisis Dan Penyangkalan Teori Evolusi atau Teori Darwin ini sebenarnya adalah assignment yang ditugaskan kepada saya pada kelas Sains Pemikiran Dan Etika dan terdetik di hati ini untuk bersama-sama berkongsi sedikit sebanyak tentang hasil assignment ini berpandukan buku  Percanggahan Darwinisme Terhadap Al-Quran hasil karya saintis yang saya minati, Harun Yahya. terima kasih kepada beliau kerana hasil daripada karya-karyanya dapatlah saya menyiapkan assignment tersebut. Apa yang cuba saya sampaikan disini tidaklah 100% seperti dalam rujukan namun diharap serba sedikit dapat dikongsikan ilmu bersama insyaAllah.

Baiklah, kita mulakan dari sini sebagai pengenalan.



    Karl Marx telah menjelaskan bahawa teori evolusi menghasilkan dasar penuh materialisme dan juga komunisme. Beliau juga menunjukkan rasa simpatinya terhadap Darwin dengan menyebut di dalam bukunya yang dikira sebagai yang terbaik, Das Kapital. Di dalam edisi Jerman, beliau menulis; "Daripada peminat setia Charles Darwin".

   Teori evolusi mengandungi asas saintifik materialisme yang menjadi sandaran fahaman komunis. Dengan merujuk kepada teori evolusi ini, komunis mencari kebenaran dirinya sendiri dan mendakwa bahawa ideologinya adalah yang paling tepat dan selamat. Karl Marx, menulis untuk buku Darwin, bertajuk "The Origin of Species" yang membahaskan dasar teori evolusi, sebagai "… ini adalah buku yang mengandungi asas sejarah semulajadi untuk panduan kita..."

    Kini idea-idea Marx sesungguhnya telah musnah kerana teori evolusi telah dipatahkan hujahnya melalui kajian sains moden. Sains telah membuktikan kesilapan teori ini dan akan berterusan membuktikan kesilapan andaian materialis yang beranggapan bahawa kewujudan itu tidak lain melainkan suatu benda (jisim), dan membayangkan bahawa setiap kejadian itu terhasil daripada satu kejadian yang lebih awal daripadanya (berperingkat-peringkat).

Bersambung....