Friday, December 2, 2011

Analisis Dan Penyangkalan Teori Evolusi Part 6

KHAYALAN DARWIN/DARWIN'S IMAGINATION

     Individu yang mengemukakan teori evolusi ini ialah seorang naturalis amatur, Charles Robert Darwin.

     Darwin tidak pernah mendapat pendidikan biologi secara formal. Beliau hanya meminati subjek alam semulajadi dan benda-benda hidup. Minat beliau terhadap subjek ini telah mendorong beliau menjadi sukarelawan sebuah ekspedisi di atas sebuah kapal bernama,H.M.S Beagle yang dirancangkan di England pada tahun 1832 dan mengembara mengelilingi berbagai kawasan-kawasan yang berbeza di seluruh dunia selama lima tahun.

     Darwin yang masih muda pada masa itu, amat tertarik dengan berbagai spesies hidupan, terutamanya burung-burung ciak yang dilihatnya di Kepulauan Galapagos. Dia menyangkakan bahawa variasi pada paruh burung tersebut adalah disebabkan oleh adaptasi (penyesuaian) mereka terhadap habitat mereka.

     Dengan meletakkan idea ini di dalam mindanya, beliau menyangka bahawa asal hidupan dan spesies adalah berlandaskan kepada konsep "adaptasi kepada persekitaran".  Menurut Darwin, spesies-spesies hidupan yang berbeza ini bukannya diciptakan oleh Allah, tetapi sebaliknya datang daripada satu moyang dan kemudiannya menjadi berbeza di antara satu sama lain disebabkan oleh keadaan-keadaan semulajadi.

     Hipotesis Darwin ini tidak berdasarkan kepada mana-mana penemuan atau eksperimen sains; bagaimanapun beliau kemudiannya telah menukarkan teori ini menjadi sebuah teori yang berpengaruh hasil sokongan dan galakan yang diterimanya daripada ahli-ahli biologi materialis yang terkenal pada masa itu.
Idea tersebut ialah individu-individu yang telah menyesuaikan diri dengan habitat sebagai suatu cara terbaik memindahkan kualiti mereka kepada generasi-generasi mendatang; kualiti berguna (advantageous qualities) ini telah berkumpul di dalam satu masa dan merubah individu tersebut kepada suatu spesies yang berlainan sama sekali dengan moyangnya.(Asal kepada "kualiti-kualiti berguna" ini belum diketahui pada zaman tersebut). Menurut Darwin, manusia merupakan hasil termaju mekanisme ini.

     Darwin menggelar proses ini sebagai "evolusi oleh pilihan semulajadi". Beliau menyangkakan bahawa dia telah menemui asal usul hidupan, iaitu: asal suatu spesies ialah spesies yang lain. Beliau mengeluarkan pandangan ini di dalam bukunya bertajuk "The Origin of Species, By Means of Natural Selection" pada tahun 1859.

     Darwin menyedari teorinya ini akan menghadapi banyak masalah. Beliau menyakuinya sendiri di dalam buku tersebut di dalam bab "Difficulties of the Theory" (Kesukaran-kesukaran Teori Ini). Kesukaran-kesukaran ini secara dasarnya berkaitan dengan rekod-rekod fosil dan organ-organ hidupan yang kompleks yang tidak dapat dijelaskan sebagai suatu kebetulan (seperti mata), dan naluri benda-benda hidup ini. Darwin berharap supaya kesukaran-kesukaran ini akan dapat diselesaikan oleh penemuan-penemuan terbaru; tetapi ini semua tidak menyekatnya untuk mengeluarkan sejumlah penjelasan yang berbagai.

     Seorang ahli fizik Amerika, Lipsonmembuat komentar berikut tentang kesukaran-kesukaran Darwin ini:
Ketika membaca The Origin of Species, saya mendapati Darwin sendiri tidak yakin dengan apa yang dikatakannya seperti yang sering ditonjolkannya; sebuah bab bertajuk "Difficulities of the Theory" sebagai contoh, menunjukkan keraguan yang nyata. Sebagai seorang ahli fizik, saya amat hairan dengan komentar beliau tentang bagaimana mata diterbitkan. 

     Ketika memajukan teori beliau, Darwin merasa kagum dengan ramai ahli biologi evolusionis yang menyokong beliau, terutamanya oleh seorang ahli biologi Perancis, Lamarck.menurut Lamarck, makhluk-makhluk hidup memindahkan sifat-sifat yang mereka terima sepanjang hidup mereka dari satu generasi kepada generasi berikutnya dan dengan demikian ia berubah.

     Sebagai contoh, zirafah telah berubah daripada rusa dengan memanjangkan lehernya sedikit demi sedikit dari satu generasi ke satu enerasi ketika mereka cuba mencapai dahan-dahan yang lebih tinggi untuk mendapatkan makanan.

     Darwin telah menggunakan tesis "memindahkan sifat-sifat yang diperolehi" yang dikeluarkan oleh Lamarck sebagai suatu faktor yang menyebabkan benda hidup berubah.
Tetapi, kedua-dua mereka, Darwin dan Lamarck telah melakukan kesilapan kerana pada masa tersebut, hidupan hanya dapat dikaji dengan teknologi yang amat primitif dan pada peringkat yang amat tidak mencukupi.

     Lapangan sains seperti genetik dan biokimia belum wujud walau hanya pada nama. Teori-teori mereka ini hanya bergantung penuh kepada keupayaan imaginasi mereka semata-mata.
Ketika gegak buku Darwin ini telah bergema, seorang ahli botani Austria, Gregor Mendeltelah menemui undang-undang pewarisan pada tahun 1865. Tidak banyak yang dapat diketahui sehinggalah pada penghujung abad tersebut, penemuan Mendel telah mendapat kepentingan yang besar pada awal 1900an. Ia merupakan kelahiran kepada ilmu sains genetik.

     Tidak berapa lama kemudian, struktur gen dan kromosom telah ditemui. Penemuan molekul DNA pada tahun 1950an yang mengandungi maklumat-maklumat genetik, telah meletakkan teori evolusi di dalam krisis hebat. Ianya disebabkan oleh kekompleksitian hidupan yang mengagumkan di samping ketiadaan mekanisme-mekanisme evolusi yang dikemukakan oleh Darwin.
Kemajuan-kemajuan ini sepatutnya telah menyebabkan teori Darwin dibakulsampahkan daripada sejarah. 

     Bagaimanapun, ia tidak berlaku, kerana terdapat beberapa golongan tertentu yang cuba menyemak semula, memperbaharui dan mengangkat teori ini ke platform sains. Keadaan ini hanya dapat difahami sekiranya kita menyedari bahawa di sebalik teori ini terdapat kepentingan ideologi yang lebih daripada sains.

Bersambung..........

No comments:

Post a Comment