Friday, December 2, 2011

Analisis Dan Penyangkalan Teori Evolusi Part 3

MATERIALISME TULI

    Teori Evolusi dianggap "asas sains" dan dipertahankan secara membuta tuli dalam usaha untuk menyokongnya. Kini, apabila sains sendiri telah menyanggah kebenaran teori ini, maka mereka terus menyokongnya hanya untuk mengekalkan kesinambungan materialisme ini.

     Beberapa kenyataan yang ditulis oleh seorang saintis evolusi Turkey telah membincangkan kebarangkalian berlakunya pembentukan ”Cytochrome-C” sebagai suatu kebetulan.
Cytochrome-C ialah enzim terpenting di dalam pembentukan suatu hidupan. Beliau menerangkan seperti berikut:

Kebarangkalian pembentukan sebuah rangkaian Cytochrome-C adalah mustahil. Iaitu, sekiranya suatu hidupan berkehendak kepada suatu rangkaian yang tertentu, dapat dianggarkan ia mempunyai kemungkinan yang sukar untuk terungkai sekali ke seluruh cakerawala. Melainkan, suatu kuasa metafizik yang di luar definisi kita telah mengaktifkan formasinya. Untuk menerima kenyataan ini adalah tidak secocok dengan matlamat sains. Oleh itu, kita terpaksa melihat kembali kepada andaian yang pertama.

Michael Behe: "kebisuan yang memalukan mengelilingi kekompleksitian sebuah sel"

     Pandangan dogma materialistik inilah yang menyebabkan sebahagian besar saintis ternama di dalam bidang ini adalah ateis (tidak beragama).

     Seorang pakar biokimia Amerika, Dr. Michael J. Behe, merupakan seorang saintis terkemuka yang menyokong "penciptaan bijaksana" (intelligent design) yang sejak kebelakangan ini mula diterima. Beliau menggambarkan para saintis yang menolak kepercayaan terhadap suatu "rekaan" atau "ciptaan" organisma hidup ini seperti berikut;

Lebih empat dekad, biokimia moden masih belum dapat mengesan rahsia sel. Ia menuntut berpuluh ribu orang untuk mengorbankan sebahagian hidup mereka untuk bekerja di dalam makmal-makmal yang membosankan. Hasil kumulatif ini adalah untuk mengkaji sel tersebut - mengkaji kehidupan pada peringkat molekul - ia amat jelas, ia adalah suatu "ciptaan".
Ini adalah bahaya yang dibawa oleh para saintis evolusi yang berfahaman ateis menolak keterangan dan bukti-bukti jelas daripada Pencipta.

      Satu contoh yang terbaik ialah seorang evolusionis yang terkemuka, Richard Dawkins yang menyeru kepada orang-orang Kristian supaya tidak beranggapan bahawa mereka telah melihat sebuah mukjizat sekali pun mereka telah melihat tugu Mariam Si Dara (Virgin Mary) melambai kepada mereka.

       Pemikiran orang-orang yang tidak beriman ini telah wujud di dalam sejarah. Di dalam al-Quran ia diungkapkan seperti berikut;
     
Dan jika Kami turunkan malaikat pun kepada mereka, dan orang-orang yang mati (hidup semula lalu) berkata-kata dengan mereka, dan kami himpunkan pula tiap-tiap sesuatu di hadapan mereka (untuk menjadi saksi tentang kebenaran Nabi Muhammad), nescaya mereka tidak juga akan beriman, kecuali jika dikehendaki Allah; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenar). (Surah Al-An'aam:111)

Pemikiran yang sama telah diterangkan di dalam ayat lain di dalam al-Quran:

Dan kalau Kami bukakan kepada mereka mana-mana pintu langit, kemudian mereka dapat naik melalui pintu itu (pada siang hari yang membolehkan mereka menyaksikan segala kenyataan yang ada).Tentulah mereka akan (mengingkari kenyataan yang benar itu dengan) berkata: "Hanya mata kami telah disilapkan penglihatannya bahkan kami adalah kaum yang telah disihirkan (oleh Muhammad)". (Surah Al-Hijr:14-15)



Bersambung.........

No comments:

Post a Comment