Friday, January 28, 2011

Nasib Si Anak Luar Nikah

Kali ni ku tukar cara penyampaianku dalam blog ni kerana permintaan teman yang tak mahukan ayat skema...huhuhu

Assalamualaikum...

Soalan drp Farihan Mat Yaman:
 “sbb apa lono byk klahiran ank luar nikoh,mane hala tuju diorang lps nie???”

2 soalan dalam 1 persoalan....akan ku cuba menjawabnya seboleh mungkin. Seperti biasa jika ada salah dan silap janganlah dihukumku tapi tegurlah kerana kita sama-sama manusia yang tak lari daripada berbuat dosa.

Baiklah...
Mari kita menyingkap serba sedikit persoalan ini... anak luar nikah juga disebut sebagai anak yang tidak sah taraf...tapi kebanyakan masyarakat kita menggelarkan mereka sebagai anak haram. Sebenarnya anak yang dilahirkan itu tidak haram tp seringkali dipersalahkan oleh masyarakat kita. Teruknya persepsi dan gelaran yang kita berikan kepadanya sedangkan yang haramnya bukanlah si anak itu tapi mak bapak si anak itu sebenarnya. Mengapa kelahiran anak tidak sah taraf ini semakin hari semakin banyak?? Jawapannya adalah akibat perbuatan mak bapak durjana yang haram jadah yang jahil ilmu agamanya.

Mulanya dengan sms,fb,ym dan sebagainya hanya dengan modal “hai...boleh berkenalan”, “awak ni cantik la,lucu la” dan sebagainya kata-kata manis yang ditabur si jantan durjana tak terkecuali si gadis yang tergedik-gedik....base gata glenya(loghat tganu)

Kemudian diajaknya keluar untuk bertemu kononnya sampai bila nak berchatting,nak juga kenal dengan lebih dekat siapakan si tampan si cantik manis. Akhirnya,bermulalah suatu pertemuan yang asalnya beramai-ramai dan kemudian melarat hingga berdua-duaan. Kononyn nakkan priversi tak nak diganggu.

Si jantan dengan nafsunya yang seringkali dapat menewaskan iman begitu juga dengan si gedik yang asalnya takut-takut namun tewas dengan desakan kekasih tercinta kononnya nak menunjukkan betapa cintanya kepada si jantan durjana. Akhirnya bila dah berdua-duaan ditempat sunyi,maka muncullah sang syaitan laknatullah yang makin rancak bisikannya.
Lalu si jantan dengan nafsu yang membuak-buaknya itu memulakan kata-katanya.... “jom ringan-ringan....ala...takpe jangan takut,ringan-ringan je”.

Mungkin si gedik pada mulanya tidak berani tapi bukan kerana hukum Allah tapi tak berani takut orang nampak. MasyaAllah....ceteknya agama lemahnya iman gadis seperti ini. Bila nafsu dah menguasai diri yang ringan akhirnya melarat kepada yang berat. Bermulalah sesi bermadu asmara bagi menunjukkan bukti cintanya si gadis kepada kekasihnya. Tapi si gadis ini cukup bodoh,dah la penghayatan agama tak ada..bodoh pula,kesian.

Wahai gadis-gadis,tidakkah kamu tahu sekali kamu menjual maruahmu selama-lamanya kamu menderita. Lelaki-lelaki ni,walaupun dia menjual maruahnya,tak ada bezanya,tak ada deritanya selagi belum ditegur Allah s.w.t.. bila dah puas dah dapat apa yang diinginkan kasih sayang mula pudar pada si kekasih. Dah tak ada apa-apa dah bosan,buang lah. Maka menyesal tak sudah la si gadis itu.. masa ni macam-macam ada......... nak marah,tekanan perasaan,nak menangis. Bila dah jatuh ditampa tangga barulah nak cari mak bapak nak cari tuhan baru nak taubat. Makin teruk bila tersalah skill masa bermadu asmara pada hari penjualan maruah itu, mengandung akhirnya. Lagilah malu,tak tahu mana nak letak muka.

Kalau yang ada kesedaran,tempatkan diri di rumah-rumah perlindungan rumah-rumah pengasih. Bagi yang masih tiada kesedaran yang kebanyakannya duduk sendirian, terberanak kat mana-mana dan kemudian buang atau tinggal sebegitu sahaja. Itu bagi yang langsung tiada perasaan. Kalau yang ada sedikit belas kasihan, diletaknya si anak tak berdosa itu di mana-mana tempat yang mungkin ada simpati manusia lain.

Menurut pensyarah Psikologi Sosial ku, bagi yang ditempatkan di rumah-rumah perlindungan setelah melahirkan anak,ada si ibu yang langsung taknak tengok anaknya namun ada juga yang timbul kasih sayang pada si anak itu. Sayang tak sayang, dah prosedur nya anak yang lahir tak sah taraf akan diberikan kepada ibu bapa angkat. Mengapa si ibu tidak digalakkan untuk memelihara si anak??? Jawapannya boleh kita fikirkan sendiri. Si ibu tidak boleh diberi hak penjagaan bukanlah kejam tapi demi kebaikan masa depan si anak itu sendiri. 

Bayangkan,ketika kecil si anak masih tak tahu apa-apa tak mengerti erti sebuah kehidupan. Akan tetapi kita manusia,makin lama makin membesar makin tahu berfikir. Mungkin di zaman persekolahannya si anak akan bertanya pada ibunya... “ ibu,siapa ayah saya...kenapa dia tiada bersama kita...mengapa orang lain ada ayah tapi bukan saya???” mungkin ketika kecil si anak,si ibu boleh lagi menyorokkan hakikat sebenar dengan mengatakan.. “ayahmu dah meninggal ketika kamu masih kecil”.

Tuan-tuan,puan-puan, sidang pembaca sekalian. Jika tadi kisah si anak ketika kecil,kini si anak telah dewasa telah tahu memikirkan baik buruk sesuatu. “ibu,kenapa dalam i.c saya tiada tercatat nama ayah sedangkan kawan-kawan lain namanya beserta nama bapanya tapi kenapa bukan saya”. Terkedu si ibu nak menjawabnya. Kebarangkalian proses pertumbuhan si anak ini penuh dengan pelbagai persoalan yang tak mampu dijawab si ibu dan akhirnya mengakibatkan masalah kepada si anak yang tak berdosa itu jika dicemuh dihinanya oleh masyarakat sekeliling yang mengerti siapakan anak-anak tidak sah taraf itu. Sungguh malang si anak yang tidak berdosa terpaksa menerima nasib malang sebegitu hanya disebabkan dosa yang dilakukan si ibu bapa durjana.

Hayatilah vedio ini.tp kena la stop jap lgu widget sblh knn ni dlu ye..semoga kita dijauhkan oleh Allah s.w.t daripada perkara sedemikian.


Bagaimana untuk mengatasi masalah ini??? Senang saja. Caranya adalah berpeganglah pada agama. Jika baik agama maka baiklah iman baiklah segala-galanya. Tapi malangnya,kebanyakan kita hanya tahu agama tahu hukum hakam tapi tidak menghayatinya sekadar tahu sahaja. Jika berpeluang, dilain hari kita bincangkan hal ini..insyaAllah...

Oleh itu,teman-teman sekalian, jika ada dikalangan kita anak yang tidak sah tarafnya,janganlah dicemuh dihinanya disebabkan dia anak tak sah taraf tapi bergaullah dengannya seperti anak-anak atau teman-teman lain kerana mereka juga insan biasa yang perlukan perhatian perlukan kasih sayang. Kita yang bernasib baik ini janganlah meninggi diri atas keturunan kita kerana sebagai muslim,Allah tidak melihat itu semua tapi yang dilihat Allah ialah hati kita,amalan kita, bukannya darjat kita.

Akhir dari ku,renung dan ingatlah...

Tiada Perbezaan Darjat Antara Umat Rasulullah
Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Perumpamaan umatku adalah seperti
hujan; tidak diketahui sama ada awalnya atau akhirnya yang baik.”
- Riwayat al-Tirmiz

No comments:

Post a Comment