Tuesday, January 25, 2011

Kau- Kau..... Aku-Aku....Kubur Lain-Lain.....

Sedikit pandanganku ingin dikongsi bersama....


Aku tertarik dengan persoalan seorang temanku di facebook...lalu aku postkn kat blog ni...


Persoalannya macam nih..:


"blh ke kite idup hnye b'lndaskn "aku aku" "engkau engkau".persoalannya skrg dimanakah letaknya 'amanah' yg diberikan selaku manusia di muka bumi Allah ini.
akibat t'lmpau mementingkan diri akhirnya mereka yg berhak tidak mndapat pmbelaan yg sewajarnye.mana silap nye..?"

Begini jawapanku......



Yang silapnya adlh diri kita sndri.Manusia yang berpegang pada prinsip "kau2 aku2"...org tersebut bemasalah sebenarnya...percayalah...Dalam psikologi,manusia dikatakan sebagai makhluk sosial yang pastinya tak mampu untuk hidup bsendirian...Islam juga telah menerangkan banyak perkara tentang hidup bermasyarakat...

Mari kita renungkan sejenak...kita hidup didunia dan akan hdup diakhirat kelak namun tak kn ada istilah “kau2 aku2”....Mari kita teroka proses kehidupan dan perjalanan hidup kita stakat yang mampu saya terangkan...

Renungkan....,siapa kita di dunia ni?? Tak kan ada kita di dunia ni tanpa ibu yang mengandung dan mlahirkan. Tak kan terjadinya proses kjeadian manusia(xperlulah derangkan) dlm rahim seorang ibu tanpa adanya seorang bapa...dan dari mana pula datangnya bapa itu klau bukan dr rahim seorg ibu ???

Lahirnya kita di dunia,tak kan ada yang terus tahu bercakap berjalan berlari dann sebagainya jika tiada bimbingan dari mnusia lain..Mungkin ada diantara anda membasuh berak menukar lampin sendiri setelah dilahirkan??? Ada ke?? Jawapannya semestinya TIDAK ADA. Nak tak nak,kita perlukn bantuan daripada manusia lain juga kan???

Cuba kita duduk dalam satu bilik yang langsung takde orang selama beberapa tahun...tak payah tahun la,5 6 hari dah la..Adakh kita msih hidup sihat sejahtera seperti biasa??? Pasti perlukn makanan dan oksigen jugak kan???...Siapa yang beri kita sumber makanan kalau bukan hasil dari usaha mnusia lain...lain la kalau kitalah ya menanam padi menanam sayur menjala ikan...hanya seorg diri untuk melalui proses khidupan?? Pstinya tak mungkin kan???

Terbntuknya kita sebgai manusia,membesar lalu mati...tak kan dapat kita bergantung pad diri sendiri semata-mata untuk uruskn diri kita..dah mati pun..siapa yang mandikan, uruskn jenazah kita kalau bukan orang lain tak kan kita yang korek lubang kubur sendiri bila dah mati...tak kan itu terjadi...
.
Dah mati...duk dalam kubur...sebagai muslim...kita yakin dan percaya bahawa akan adanya  2 malaikat yang akan menyoal kita di alam barzakh(kematian)...tak kan nak jawab soalan dengan jawapan...”wei,idop aku aku pnye pasl la....”itu cari nahas namanya hahaha...

Mungkin ianya cumalah teori kehidupan manusia didunia dan akhirat namun sebgai umat manusia kita aakan sentiasa mengkaji segala teori yang kita buat dan buktikannya...Mana mungkin suatu kajian dibuat tanpa adanya teori kerana itu hanyalah ilmu Allah semata-mata....teori-teori dan kajian-kajian mnusia semua itu dah Allah bagi jawapannya dalam Al-Quran...Cuma perlu kaji dan trus kaji serta amalkan je.....

Contohnya ...

Firman Allah:“Dan berbuat ihsanlah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat ihsan kepadamu.” (Al-Qashash: 77)

Apa yang saya faham melalui ayat ini,betapa agungnya ilmu Allah...dengan hanya satu ayat ni jika manusia kaji dari plbagai sudut ilmu sekadar yang termampu dan hasilnya...masyaAllah pelbagai jawapan dan tafsiran dapat dibuat.. antara jawapan yang saya faham....,Allah jadikan setiap manusia itu berpasang-pasangan kerana kita sememangnya tak mampu hidup bersendirian...bila dah hidup dalam sosial..maka buatlah ihsan kpd y lain sebabnya kita masing-masing amat memerlukn antara satu sama laen....


Setakat ni yang termampu saya kongsikan bersama...salah dan silap tegurlah kerana aku juga insan biasa yang seringkali berbuat dosa...

Sekian saja coretanku yang tak tinggi mana ilmunya ini....
Wallahua'lam.....

Assalamualaikum......

No comments:

Post a Comment