Tuesday, February 8, 2011

Mengenal Hati Part 4

HATI yang HIDUP

Assalamualaikum............

Sememannya jika difikir dari logik akal, selagi kita manusia ni hidup pastinya hati kita juga hidup tapi harus diingat seperti yang dibahaskan tadi jangan dilihat hati manusia dari sudut zahiriah semata2 tapi lihatlah juga dari sudut batiniahnya. Hati yang hidup bermaksud Hati yang senantiasa dihiasi dengan ketaqwaan seorang hamba kepada penciptanya Allah SWT.Nak tahu hidup ke tak hati kita lihatlah dari amalan kita kerana hati yang hidup akan senantiasa disucikan dengan amal soleh. Ianya bersih dari perbuatan2 tercela oleh agama dan ia sentiasa dipenuhi dengan cahaya dari Allah. Senang citer, hati yang hidup ni adalah hati yang bersih dari dosa dan percayalah ianya akan mendapatkan hidayah daripada Allah.

Seperti yang pernah diperkatakan,Hati adalah raja kepada seluruh anggota tubuh badan.
Bersih hati,maka baiklah seluruh tingkah anggotanya.Jika buruk dan mati,maka akan buruklah kesannya di sekeliling oleh tingkah laku yang juga buruk.
Kita duk bincang pong pang pong pang pnjang lebar pasal hati tapi kita tahu ke tak keadaan hati kita sekarang ni??? Hati jenis mana kita ada la ni??? Hidup ke....sakit ke...mati ke..... moh kita check sama2...

Menurut maklumat yang diperolehku,ada 7 tanda yang menunjukkan yang hati kita ni hidup lagi..

PertamaLapang dada bila terima ajaran Islam.

Firman Allah:
Maksudnya: Orang yg Allah lapangkan dada mereka adalah
org yg mendapat cahaya dr tuhannya.(22: Zumar)

Sabda Rasulullah:
"Apabila cahaya masuk ke dalam hati seseorang maka dadanya akan
lapang dan terbuka"

 Para sahabat bertanya: "
Ya Rasulullah; Adakah ada tanda2 yg menunjukkan demikian?" 

Lalu Nabi s.a.w menjawab:
Maksudnya: Org yg beramal utk kembali ke Akhirat yg kekal,
Jauh dirinya dgn dunia yg memperdaya dan bersedia untk mati
sebelum ianya tiba."(Hr Hakim)

Teman2 sekalian....Lapang dada ni maksudnya hati kita ni mudah  nak terima dan patuh setiap
ajaran Islam dan sebaliknya bagi dada yang sempit(bukan semput).


KeduaBerasa gementar hati kita semasa berzikir mengingati Allah.

Firman Allah:

"Sesungguhnya sifat khusus org2 yg beriman apabila disebut
nama Allah akan gementar hati2 mereka..."(2: Al-Anfal)

Tapi malangnya,kita semua ni kalau bab2 nak berzikir susah je... ingat pun satu dua je...tu pun yang seringkali ditayang di TV.... tapi...kalau bab2 lagu...kalau masuk Jangan Lupa Lirik...perh...masing2 tunjuk terror.... berhibur tak ada salahnya tapi biarlah kena dengan cara dan gayanya... kalau duk nyanyi...felling habis lentok habis tapi kalau duk zikir...mulut je terkumat-kamit macam tengah jampi tapi....tak ada feel langsung....


KetigaHati yg khusuk mengingati Allah.

Firman Allah:

"Sesungguhnya mereka bersegera melakukan kebaikan,
berdoa kepada kami dgn penuh mengharap dan takut dan
mereka khusuk mengingati kami"(90:Al-Anbiya)

Khusyuk adalah
1. Hadirkan hati dalam Ibadah.
2. Memahami makna yang di lafazkan.
3. Mengagungkan Allah dengan adanya sifat takut dan sentiasa berharap.

Ini tak...time sembahyang tu la...macam2 ada....... time tu la teringat nak makan la,assignment tak buat lagi la,baju tak basuh lagi la...dan banyak lagi...anda sendiri tahu dan pernah merasainya kan...jangan nak tipu la....kalau bab nak faham betul2 apa yang kita lazfazkan sekaligus sememangnya sukar tapi slow2 la....InsyaAllah boleh....


KeempatMudah terkesan dengan nasihat.

Satu cerita yang boleh dikongsi bersama..Ketika Ali Zainal Abidin melihat hamba perempuanya tertuang air panas ke kepala anaknya sehingga mati anaknya. Baru sahaja nak dimarahi hambanya;lalu hambanya membaca Ayat
"Dan org2 yg menahan marahnya" 

Maka Ali Zainal Abidin berkata: Aku tahan marahku.

Hambanya menyambung ayat tadi :
"Dan org2 yg memaafkan kesalahan manusia lain" 

Ali Zainal Abidin berkata kembali : Aku Maafkan kamu.

Hambanya menghabiskan ayat tadi
"dan Allah mengasihi org2 yg melakukan kebaikan."(134: Ali Imran)
Beliau berkata: Engkau dibebaskan.


KelimaMerasai kemanisan Iman.

Nabi s.a.w bersabda: "Seseorang itu akan merasai kemanisan
Iman bila dia reda Allah sebagai tuhannya, Islam sebagai agamanya
dan Muahmmad sebagi Nabi dan Rasul. (Hr Muslim)

Imam Ibnu Hajar mengumpamakan orang yang mempunyai hati yang baik
adalah sperti orang yang sihat dimana dia merasai kemanisan madu.
Adapun org yg mempunyai hati yg sakit seumpama pesakit yg merasai madu itu pahit.


KeenamSentiasa merasai bahawa diri kita ni dekat dengan Allah.

Tandanya ialah orang yg menjadikan ibadah dan bermunajat kepada Tuhannya sebagai hobi yang amat sukar untik ditinggalkan. Seperti mana Nabi Isa a.s berkata kepada Hawariyyin :

"Banyakkan bercakap dengan tuhan dan sedikitkan bercakap dgn manusia

Mereka bertanya :"Bagaimana banyak bercakap dgn tuhan?" 

Lalu Nabi Isa menjawab :"Hendaklah kamu sentiasa bersendirian mengingatinya,
bersendirian beribadat kepadanya dan bersendirian bermunajat degannya."
(Hr Abu Naim dlm kitab Hilyah)



KetujuhSentiasa kembali kepada Allah.

Maksud kembali disini adalah setiap perkara yang kita lakukan tak kiralah apa jua perkara sekalipun,kita akan sentiasa berserah kepada Allah kerana Dia Yang Maha Menciptakan dan Dia jugalah Yang Maha Mematikan segala-galanya.

Firman Allah:
"Maka hendaklah kamu lari menuju kepada Allah...(50: az-Zariat)

"Dan org2 yg apabila mereka melakukan kejahatan atau menzalimi
diri mereka sendiri; mereka terus mengingati Allah dan meminta ampun kpd Allah..."(135: Ali Imran)

Dalam keadaan senang dan susah hendaklah kita kembali kepada Allah.

Rasulullah bersabda:

"Amat dikagumi keadaan orang beriman. Mereka sentiasa dalam kebaikan.
Sekiranya mereka mendapat kebaikan mereka akan bersyukur;
itu adalah kebaikan baginya dan bila mendapat kesusahan
mereka akan bersabar; itu juga kebaikan baginya."

Perbetulkanlah salah silapku kerana kita manusia sememangnya tak dapat lari dari melakukan kesilapan bukan dengan menghukum....

Wallahua’lam.....


 to be continued
 InsyaAllah

No comments:

Post a Comment