Saturday, April 21, 2012

Melamar.... Jujur atau Main-main

Tertariknya seorang lelaki terhadap seorang wanita atau tertariknya wanita kepada lelaki adalah normal...
Setiap manusia ada nafsunya antaranya nafsu terhadap golongan jantina lain....
Tarikan cinta bermula dari mata turun ke hati...
Dihati manusia itu adanya nafsu..
Jika baik hatinya maka nafsu akan didorong oleh iman..
Jika hitam hatinya maka nafsu akan mendorong ke arah maksiat..
Apapun apabila bercakap tentang hati jangan lupa anugerah yang satu lagi..
Akal fikiran...
Sucinya hati bersihnya akal..
Insyaallah mendapat keberkatanNya..





Memberi lamaran atau melamar seseorang ada caranya..
Bukan maen redah begitu je...
Yang terbaik jumpa ibu bapanya..
Cari siapa mahramnya..
Bukan ucapan I LOVE YOU semata-mata...
Itu bukan caranya..




Jujur dan ikhlas puncanya dari hati...
Tiada makhluk lain yang tahu apa perasaan dihati ini..
Melainkan Dia, Allah yang maha mengetahui..

Kalaulah betul niat dihati..
Rasa cinta mula bersemi..
Seperti yang diberitahu tadi..
Jumpalah ibu bapa si dia tadi..
Berpegang teguh pada ketentuan Ilahi..
Kita yang merancang Dia yang memberi...

Jika sampai pada kemuncaknya... 
Segala persiapan telah tersedia..
Bertahun-tahun berseminya cinta... 


Namun Dia mengetahui segalanya..
Bahawa si dia bukan untuk kita...
Mengapa perlu bermuram durja..
Selalu mengimbau kenangan lama..
Meratapi benda yang tiada...

Itilah kita manusia durjana...
Durjana pada Pencipta...
Mulut berkata itu semua ketentuannya..
Namun dihati sampai sudah tak boleh menerima...
Bukankah itu BERDOSA namanya???

Yakinlah pada qada' dan qadarNya..
Rezeki itu ada dimana-mana...
Hakikatnya tunggu dan berusaha...
Jangan lupa untuk berdoa..
Ingat janjiNya..
Setiap makhluk itu ada pasangannya...

Wallahua'lam.....

No comments:

Post a Comment