Tuesday, November 29, 2011

Ayam BOGEL

Assalamualaikum n selamat pagi semua....

Hari ni, tiba-tiba rasa nak berkongsi kisah AYAM. AYAM BOGEL.....hahahah......Pasti anda semua akan kata..."Ha....tak ada isu lain ke nak tulis?" Tak mengapa,kalau nak tahu kisah AYAM BOGEL,teruskan baca artikel ni ye.

Persoalannya, apa beza AYAM BOGEL dengan AYAM BERBULU? ape susah, jawapannya yang seko BOGEl y seko BERBULU la.... ape la bongok tanya soalan macam tu...budak-budak tadika pun tahu jawab..ceh..

Bercerita tentang ayam, banyak perkara sekeliling kita dikaitkan dengan ayam... tak percaya ke??
Bila lapar nak makan lauk AYAM...AYAM goreng AYAM pusing AYAM panggang n so on...
Bila orang hebat bermain bola kita panggil AYAM tambatan
Bila nak mempermainkan orang... kita istilahkan sebagai anak AYAM
Bila barang-barang tak berapa berkualiti..kita panggil cap AYAM



AYAM...tubuhnya mendada, jalannya berlenggang... tak kira betina ataupun jantan
Telurnya sebijik riuhnya sekampung....itulah AYAM...
Ayam situ sana sini....AYAM...AYAM....AYAM.... tak habis-habis cerita pasal AYAM...

Menjawab persoalan tentang AYAM BOGEL dengan AYAM BERBULU, jawapannya bukanlah bulu yang dimaksudkan... tapi antara AYAM BOGEL dengan AYAM BERBULU, yang mana paling banyak kita tengok setiap hari?? dimana?? kebanyakannya di supermarket kan?...



Suatu pati di supermarket...

Fatihah: pak cik.... ayam ada x?
Pak Cik: ada...
Fatihah: pak cik, mintak ayam bogel 1...
Pak Cik: ishk..dik, jarang sangat kat dunia ni orang jual ayam berbulu di supermarket dik... yang banyaknya ayam bogel la..ayam bogel tu ayam yang tak ada bulu la dik oi...

Bayangkan seketika....

Kalau kita ke pasar bertujuan nak beli ayam,sudah tentu ayam yang tak ada bulu yang kita cari, kenapa? Sebab senang nak masak. Siapa yang nak beli ayam yang ada bulu. Bulunya satu hal..susah nak buang, dah la tak menarik. Hakikatnya, AYAM BOGEL lebih menarik minat orang untuk dilihat, lalu disentuh dibelek-belek. Kemudian diambil, dibeli dan dibawa pulang untuk dimasak sebagai lauk ayam. Setibanya dirumah, ayam akan dimasak. Jika sedap, ramai yang nak rasa. Jika tak sedap, dibuang begitu saja. Kadang ada yang makan separuh kemudian tinggal.

Kisah AYAM BOGEL tak sama dengan kisah AYAM BERBULU. Jika AYAM BOGEL diminati pembeli, AYAM BERBULU kadang-kadang tengok pun tak nak beli... dengan alasan menyusahkan la, kotor la dan yang penting tidak menarik minat pembeli. Malang nasib si AYAM BERBULU... tidak dipandang tidak dibeli apetah lagi untuk memasaknya.

Saudara saudari sekalian...

Pucuk pangkal kisah AYAM BOGEL ini bukanlah yang dimaksudkan itu ayam yang dibeli di pasar atau di supermarket tetapi kisah AYAM BOGEL ini saya kaitkan dengan situasi kebanyakan PEREMPUAN di negara kita.

Berpakaian sendat@ketat@seksi....hukumnya di dalam islam tetap dikira BERBOGEL. Supermarket @ pasar yang dimaksudkan adalah suatu tempat yang dikunjungi ramai dari pelbagai golongan jenis dan usia. Masyarakat sekeliling lebih gemar @tertarik perhatiannya untuk membeli AYAM BOGEL lalu diusha-usha nya kemudian ditanya harganya. Dipegang-pegang AYAM BOGEL itu untuk memilih yang mana tertarik dihati untuk dibeli. Dah dibeli dibawanya pulang kemudian dimasaknya....jika sedap maka ramailah yang ingin mencuba jika kurang sedap dimakan separuh lalu ditinggalkan begitu sahaja. Yang paling malang adalah, masakan ayam itu tidak sedap dibuang si AYAM BOGEL itu begitu saja. Ayam oh ayam.... dah bertelur..baru riuh sekampung.... Kesian bukan??

                                                                                                       

AYAM BOGEL...AYAM BERBULU...mana satu pilihan dihati?


Mata pun dah layu... tak larat nak taip panjang-panjang....
Apa-apa pun... wahai insan bergelar PEREMPUAN..... Renung-renungkanlah kisah AYAM BOGEL ini...

Hahahhahahahahhahaha......Ayam....ayam......... kesian engkau ayam.

Tuesday, November 1, 2011

BerCOUPLE? boleh ke?




Soalan daripada seorang remaja sekolah: Nak tanya kenapa manusia sering bercouple?


Begini jawapanku. istilah "couple" itu daripada BI, dalam BM ianya disebut sebagai "pasangan". jawapannya senang sahaja.


QS. Yasin (36): 36


Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.


QS. Asy Syuura (42): 11


Dia lah yang menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.





Soalan: Apa itu bercouple apa itu bercinta?


Cinta itu lebih tinggi nilainya daripada bercouple,
Cinta utama cinta pada Allah tapi kita xbercouple dengan Allah,
Cinta kedua cinta pada Rasulullah tapi kita tak bercouple dengan Rasulullah,
Cinta ketiga cinta pada ibu bapa tapi kita tak bercouple dengan ibu bapa,
Cinta pada keluarga tapi kita tak bercouple dengan keluarga....


Cinta dan couple itu berbeza. Cinta itu perasaan manakala bercouple itu perbuatan. Orang kita sekarang ni, kalau bab-bab campur adukkan BM dengan BI memang "terror". BM+BI= BerCouple.. pelek kan? Hakikatnya...begitulah masyarakat kita,suka campur-adukkan bahasa. Istilah "couple" kalau diterjemahkan kepada BM membawa maksud "pasangan". Jadi, istilah baru remaja sekarang, bercouple bermaksud berpasangan. Salah dari sudut bahasa tapi hakikatnya ia selalu digunakan. Senang cerita macam ni lah, bercouple ni, orang ada awek orang ada pakwa..macam tu la...


Soalan: Apa hukumnya BERCOUPLE ni?


Jika ingin berhujah tentang hukum sesuatu perkara, saya bukan ahlinya. Sebaiknya bertanyakan kepada yang lebih arif. Apa yang dapat saya huraikan disini adalah bagi saya perbuatan bercouple itu tidak salah. Seperti yang telah diterangkan, bercouple itu adalah berpasang-pasangan. Buktinya, sila fahamkan semula petikan ayat Al-Quran di atas. Ternyata Allah telah menciptakan manusia untuk berpasang-pasangan. Jika nabi Adam pasangannya Hawa, lelaki pasangannya perempuan, ibu pasangannya bapa, kiri pasangannya kanan, siang pasangannya malam, pasang pasangannya surut (proses pasang surut air laut), jantan pasangannya betina dan banyak lagi. Allah itu Maha Adil. Buktinya, bayangkan sejenak bagi pelajar, sebagai contoh kita hanya pandai dalam satu subjek, matematik katakan. Datanglah seorang hamba Allah yang lain untuk berkongsi ilmu contohnya seorang kawan yang pandai subjek lain seperti sains. Kita ajarkannya matematik dan kawan itu tadi ajarkan pada kita sains. Asalnya kita hanya mempunyai satu ilmu manakala kawan kita itu tadi pun hanya ada satu ilmu maka Allah pertemukan kita dengan pasangan kita iaitu kawan itu tadi sebagai pasangan. Itu hanya contoh dari saya. Anda boleh selidik dan perhatikan sekeliling anda Insyaallah anda ketemui betapa Allah itu adil antaranya dalam menentukan pasangan kita. Apabila menyebut tentang "pasangan" cepat benar kita mentafsir ianya sebagai pasangan suami isteri atau pasangan kekasih. Malang sungguh kerana amat tipis kajian kita terhadap kehebatan Allah.


Bagaimana hubungan pasangan itu?
Umumnya lelaki Allah pasangkan dengan perempuan, kalau tidak mana mungkin adanya manusia berkembang biak di dunia. Bayangkan kita hanya ada sebelah kaki sebelah tangan, tak sempurna bukan? Cuba kita tutup sebelah mata kita, adakah mata yang lagi sebelah mampu mengambil alih tugas mata yang ditutup itu? mana mungkin sama sekali. Sebab itulah Allah jadikan setiap makhluknya ada pasangannya tersendiri. Yang menjadi pemasalahan kini adalah niat kita. Apakah niat utama untuk bersama pasangan? Kerana apa? Tepuk dada tanyalah iman. Jika niat kita bercouple@berpasangan dengan makhluk lain kerana Allah pasti sempurna dan diberkatiNya hubungan pasangan itu. InsyaAllah. 




Bercouple kerana nafsu syahwat semata-mata itu yang salah itu yang haram itu yang berdosa. Tak salah bercouple kerana bercouple tak bermaksud boleh pegang-pegang selagi bukan muhrim. Masyarakat sekarang telah tersalah tafsir tentang maksud bercouple dengan bercinta. Baginya, bercouple itu adalah bercinta. Salah sama sekali. Cinta itu lain Couple itu lain. Bercinta itu sangatlah boleh, bercouple itu biarlah betul cara dan gayanya. JANGAN MAIN REDAH JE.. jatuh cinta pada seseorang itu normal bagi manusia kerana cinta itu perasaan. Tak salah jatuh cinta. Bila dah jatuh cinta teringin pula nak "bercouple". Pun boleh tapi bagaimana? Senang sahaja. Terus terang padanya. Tak perlu sorok-sorok. Jika jawapannya "YA",tak bermakna si dia 100% hak kita.Belum lagi. Tugas tak habis lagi. Teruskan dengan berdepan dengan ibu bapa si dia, beritahu hal sebenar yang kita sukakan anaknya. Kalau jawapannya positif,tetap tak boleh pegang-pegang. Kalau dah gatai sangat nak pegang..boleh,LEPAS NIKAH. Lantak la nak pegang ke nak buat apa ke...terpulang. Jangan buat naya sudah. 


Indahnya bercinta seperti itu. Lebih indah setelah nikah,CONFIRM lagi nikmat perhubungan,InsyaAllah.Jika benar kita bercinta kerana Allah, takkan berani berpegang-pegang, cuit-mencuit, usap-mengusap dan sebagainya. Malangnya, kebanyakan dari kta bercinta kerana nafsu semata-mata. Mentang-mentang dia awek kita dia pakwe kita, bolehlah kiranya nak pegang-pegang? Jawapannya... TIDAK.HARAM TETAP HARAM. Kalau nak sangat,NIKAH la...


Harus diingat, niat tidak menghalalkan cara seseorang. walaupun ramai dari kalangan kita berbuat sedemikian, renungkan sejenak... HUKUM ALLAH yang harus mengikut perbuatan orang ramai atau orang ramai yang perlu mengikut HUKUM?


Renung-renungkan.......selamat beramal....
p/s: nasihat pada diri sendiri dan teman-teman.....insyaAllah,sama-sama kita berubah.



Wallahua'lam.....