Monday, January 31, 2011

Mengenal Hati Part 2...

Assalamualaikum......
Jika pada tajuk Mengenal Hati Part 1..kita tlh mengenal serba sedikit tentang hati kita, kini pada part seterusnya ini, inginku sambung sedikit sebanyak lagi tengtang HATI. Kita ni manusia biasa yang tak lari dari berbuat dosa juga tak lari dari pelbagai musibah antaranya masalah kesihatan. Namun begitu,ingatlah...Allah uji kita dengan pelbagai ujian contohnya penyakit bukan saja2 je...tapi ada hikmah disebaliknya. Ujian yang diberikan mungkin untuk menegur diri kita ni yang mungkin dah jauh daripada mengingati-Nya atau lalai dengan dunia. Langsung tak ingat mati. Dilain harilah jika berkesempatan kita bincangkan tengtang masalah kita yang seringkali lalai dari mengingati-Nya. Hari ni, saya nak kongsikan bersama tengtang penyakit2 hati plak...jangan ingat kita ni sihat spanjang masa. Oleh itu,sama2lah berjaga2 dan ingatlah, ajal xkenal siapa kita xkira dimana kita. Jika dah sampai waktunya untuk mati maka matilah kita. Yang ditakutinya jika mati kita dalam keadaan kufur kepada Allah s.w.t.... InsyaAllah....moga dijauhi perkara sebegitu..

Teman-teman sekalian,

Penyakit hati (hepatitis) adalah suatu penyakit yang menyerang hati. Pakar belum mengetahui secara jelas penyebab penyakit hati. Namun, orang yang menderita hepatitis berkemungkinan:
  1. Mempunyai satu di antara beberapa kelainan, di antaranya adalah jangkitan pada hati yang disebabkan oleh virus
  2. Memiliki sejarah pada pada fungsi hati akibat keracunan
  3. Pernah mengalami kerosakan fungsi hati kerena darah tidak dibekalkan dengan baik ke organ-organ lain
  4. Sistem imun tubuh yang tidak stabil sehingga menyebabkan fungsi hati tidak optimum.
A. Virus penyebab hepatitis:
  1. Epstein Barr Virus
  2. VaricellaChickenpox
  3. Cytome galovirus (CMV)
B. Gejala-gejala:
  1. Demam tinggi
  2. sakit Otot
  3. Kehilangan gairah dan berat badan turun secara drastik
  4. Sering mengigau
C. Hepatitis dibagi menjadi tiga golongan:

1. Hepatitis A

Hepatitis ini disebabkan oleh virus hepatitis A (HAV) dan banyak dihidapi oleh k
anak-kanak. Virus ternyebar melalui feses dan air kencing, atau alat makan yang dijangkiti oleh virus tersebut. Kesan yang ditimbulkan oleh jenis hepatitis ini memang tidak besar, tapi diharapkan ibu bapa terus memantau kesihatan anak-anaknya.

2. Hepatitis B

Hepatitis B disebabkan oleh virus 
Hepatitis B (HBV) yang memiliki jangkauan lebih lebar dalam penyebarannya.
  1. Virus ini menyebar melalui darah, sperma, cairan vagina, air mata, dan urin.
  2. pemindahan darah yang telah dijangkiti virus hepatitis juga boleh mengakibatkan hepatitis B.
  3. Penggunaan bersama-sama alat suntikan dadah memungkinkan seseorang dijangkiti hepatitis B.
  4. Aktiviti seksual yang tidak sihat juga boleh menyebabkan terjadinya hepatitis jenis ini
  5. Ibu yang dijangkiti virus Hepatitis B juga boleh memberi kesan kepada janinnya.
3. Hepatitis C
Hepatitis C disebabkan jika terjadi pemindahan darah antara seorang penderita dengan orang lain. Gejala-gejala yang ditimbulkan hampir serupa dengan penderita hepatitis A dan B.
Namun sudah menjurus kepada penyakit liver kronik. Jika ini terjadi, salah satu jalan menyembuhkannya adalah dengan transplantation liver.

Hepatitis C  terjadi disebabkan antaranya:
  1. Bertukar jarum suntikan ketika mengambil dadah
  2. Pemakaian alat tato yang tidak bersih
  3. Pemindahan darah yang sudah tercemar virus hepatitis
  4. Transmisi antara ibu ke janin.
  5. pergaulan seks bebas
6.    Gambar2 kerosakan hati:





Amacam...seram ke tengok gambar2 ni...ke ada ya loya2 tekak dah??? hahaha nasib baik 3 gambar je...kalau banyak lagi....ada yang tak makan nanti....

baiklah,sebelum mengakhiri Mengenal Hati Part 2 ni... mari kita kenal simptom2 kegagalan fungsi hati.

HATI GAGAL BERFUNGSI menurut SAINS

Antara gejala/simptom kegagalan fungsi hati seperti:

1. Aplastic anemia, bermaksud suatu keadaan dimana sumsum tulang (bone marrow) tidak dapat memproses sel-sel darah.
2. Ascites, bermaksud terkumpulnya cairan di dalam abdomen.
3. Oedema, bermaksud bengkak di bawah kulit.
4. Encephalopathy, bermaksud kelainan yang mempengaruhi fungsi-fungsi otak.
5. Hati yang bengkak dan membesar sehingga menimbulkan kesakitan.
6. Limpa membesar dan membengkak.
7. Perubahan dalam status mental atau tingkat kesedaran.
8. Mudah berlaku pendarahan dalaman.
9. Jaundice atau kekuningan kulit.
10. Air kencing yang berwarna cokelat seperti teh.
11. Merasa mual dan loya.
12. Hilang selera makan.
13. Kehilangan atau kenaikan berat tubuh yang abnormal.
14. Muntah.
15. Cirit-birit.
16. Warna najis yang pucat.
17. Merasa senak di bahagian atas abdomen (perut) kanan.
18. Lemah tubuh badan.
19. Gatal-gatal.
20. Varises (pembesaran pembuluh vena)
21. Keletihan.
22. Hipoglikemia (kadar gula dalam darah rendah).
23. Demam ringan .
24. Sakit otot dan sendi.
25. Gairah sex berkurangan.
26. Kemurungan.

Jika ada salah dan silap tegurlah tapi bukan menghukum...walaupun ini bukan dari bidang pengajianku tapi setiap ilmu boleh dan harus dikaji tanpa mengira siapakah kita. Oleh itu,sama2 berkongsi ilmu Allah yang teramat sangat luasnya..InsyaAllah

Wallahua'lam.... bersambung pada part 3.............

Sunday, January 30, 2011

Mengenal Hati Part 1...

Assalamualaikum....


Kali ni,cara penyampaianku agak skema sbb tkut salah fakta,naya oo...xpe2..bg geng2 y ambk medic..tgur2 la ye klau ade salah silap....Dua tiga hari lepas ada la forum yang membincangkan tentang Bicara Hati..tp bgku,masanya sangat terhad untuk merungkai dengan lebih banyak tengtang hati. Justeru itu kali ni akanku cuba berkongsi merungkai segala maklumat yang aku perolehi.... insyaAllah dapat kita mengenal lebih mendalam suatu yang digelar sebagai HATI. Aku ni bkn lah budak medic nk terang pnjang lebar pasal hati sbb diluar bidang pengajianku tapi pernahla study Biology dulu  ianya dapat digabungkan bersama dengan bidang pengajianku kini. Diharap cukuplah sekadar maklumat ciput yang aku dapat ni ye.



HATI menurut kajian SAINS
Hati merupakan organ homeostasis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisma dalam manusia dan haiwan. Hati mempunyai pelbagai fungsi termasuk menyimpan glikogen, mensintesis protein plasma, dan menyahtoksik dadah. Ia menghasilkan hempedu yang penting bagi penghadaman. Ia melaksana dan mengawal pelbagai fungsi biokimia jumlah besar yang memerlukan tisu khas. Istilah perubatan yang berkaitan dengan hati sering kali bermula dari perkataan Greek bagi hati iaitu hepar, menjadi hepato- atau hepatic. Hati berwarna perang kemerahan dan terletak di bawah diafragma iaitu di dalam rongga abdomen. Hati menerima makanan terlarut dalam darah apabila makanan ini tercerna dan diserap di usus.

STRUKTUR
Hati manusia dewasa mempunyai berat antara 1.3 - 3.0 kilogram. Ia adalah organ lembut berwarna perang kemerahan. Hati merupakan organ kedua terbesar manusia (organ terbesar adalah kulit) dan kelenjar terbesar dalam tubuh manusia.
Ia terletak di bawah diafragma di sebelah kanan badan manusia. Sebahagian besar permukaan hati terletak di dalam sangkar toraks bagi melindunginya daripada kecederaan. ia juga menjadi alas bagi pundi hempedu yang menyimpan hempedu.
Secara anatomi, hati dapat dibahagikan kepada empat lobus iaitu lobus kanan (right lobe), lobus kiri (left lobe), caudate lobe, dan quadrate lobe. Lihat gambar untuk penerangan yang lebih jelas.

MIKROSTRUKTUR
Hati terdiri daripada koleksi unit-unit mikroskopik yang dipanggil lobul (jangan dikelirukan dengan lobus di atas) yang setiapnya berbentuk heksagon (secara kasar). Lobul-lobul ini merupakan pusat pemprosesan utama bagi hati. Di sinilah hati menjalankan fungsi-fungsinya seperti menyahtoksik darah dan menghasilkan hempedu. Berikut adalah salur-salur yang berhubung dengan setiap lobul hati:
§  Portal triad yang terdiri daripada 3 salur iaitu:
§  Hepatic portal capilarry atau kapilari portal hati. Ia membawa darah dari vena portal hepar ke lobul hati.
§  Arteri hati yang membekalkan darah beroksigen kepada lobul-lobul hati.
§  Duktus hempedu yang membawa cecair hempedu dari lobul ke pundi hempedu untuk disimpan.
§  Vena hati yang membawa darah terdeoksigen dari hati. Terdapat dua vena hati iaitu vena hati kanan dan vena hati kiri. Kedua-dua vena ini bersambung terus dengan vena kava inferior

PEREDARAN 
Hati menerima darah melalui arteri hati dan vena portal hepar. Arteri hati membawa darah beroksigen dari jantung untuk dibekalkan kepada sel-sel hati. Vena portal hepar pula membawa darah dari usus untuk dinyahtoksik. Darah dari kedua-dua salur darah ini dibawa keluar dari hati melalui vena hati ke dalam vena kava inferior untuk dibawa balik ke jantung.
Selain darah, hempedu juga dialirkan keluar dari hati. Duktus hempedu membawa hempedu ke pundi hempedu untuk disimpan dan dipekatkan sebelum dirembes ke dalam duodenum.

FUNGSI HATI
§  Mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen di dalam hati.
§  Menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu.
§  Mengawalatur metabolisme karbohidrat, lipid dan asid amino.
§  Menghasilkan hempedu yang akan disimpan di dalam pundi hempedu.
§  Menghasilkan protein-protein plasma tertentu seperti albumin.
§  Menghasilkan faktor-faktor pembekuan darah I (fibrinogen), II (protrombin), V, VII, IX, X and XI
§  Menyahtoksik bahan-bahan beracun terutama dadah dan bahan-bahan bernitrogen seperti ammonia.
§  Sebagai tempat penghasilan sel-sel darah merah fetus.
§  Menguraikan molekul hemoglobin tua.
§  Menyingkirkan hormon-hormon berlebihan.



Friday, January 28, 2011

Nasib Si Anak Luar Nikah

Kali ni ku tukar cara penyampaianku dalam blog ni kerana permintaan teman yang tak mahukan ayat skema...huhuhu

Assalamualaikum...

Soalan drp Farihan Mat Yaman:
 “sbb apa lono byk klahiran ank luar nikoh,mane hala tuju diorang lps nie???”

2 soalan dalam 1 persoalan....akan ku cuba menjawabnya seboleh mungkin. Seperti biasa jika ada salah dan silap janganlah dihukumku tapi tegurlah kerana kita sama-sama manusia yang tak lari daripada berbuat dosa.

Baiklah...
Mari kita menyingkap serba sedikit persoalan ini... anak luar nikah juga disebut sebagai anak yang tidak sah taraf...tapi kebanyakan masyarakat kita menggelarkan mereka sebagai anak haram. Sebenarnya anak yang dilahirkan itu tidak haram tp seringkali dipersalahkan oleh masyarakat kita. Teruknya persepsi dan gelaran yang kita berikan kepadanya sedangkan yang haramnya bukanlah si anak itu tapi mak bapak si anak itu sebenarnya. Mengapa kelahiran anak tidak sah taraf ini semakin hari semakin banyak?? Jawapannya adalah akibat perbuatan mak bapak durjana yang haram jadah yang jahil ilmu agamanya.

Mulanya dengan sms,fb,ym dan sebagainya hanya dengan modal “hai...boleh berkenalan”, “awak ni cantik la,lucu la” dan sebagainya kata-kata manis yang ditabur si jantan durjana tak terkecuali si gadis yang tergedik-gedik....base gata glenya(loghat tganu)

Kemudian diajaknya keluar untuk bertemu kononnya sampai bila nak berchatting,nak juga kenal dengan lebih dekat siapakan si tampan si cantik manis. Akhirnya,bermulalah suatu pertemuan yang asalnya beramai-ramai dan kemudian melarat hingga berdua-duaan. Kononyn nakkan priversi tak nak diganggu.

Si jantan dengan nafsunya yang seringkali dapat menewaskan iman begitu juga dengan si gedik yang asalnya takut-takut namun tewas dengan desakan kekasih tercinta kononnya nak menunjukkan betapa cintanya kepada si jantan durjana. Akhirnya bila dah berdua-duaan ditempat sunyi,maka muncullah sang syaitan laknatullah yang makin rancak bisikannya.
Lalu si jantan dengan nafsu yang membuak-buaknya itu memulakan kata-katanya.... “jom ringan-ringan....ala...takpe jangan takut,ringan-ringan je”.

Mungkin si gedik pada mulanya tidak berani tapi bukan kerana hukum Allah tapi tak berani takut orang nampak. MasyaAllah....ceteknya agama lemahnya iman gadis seperti ini. Bila nafsu dah menguasai diri yang ringan akhirnya melarat kepada yang berat. Bermulalah sesi bermadu asmara bagi menunjukkan bukti cintanya si gadis kepada kekasihnya. Tapi si gadis ini cukup bodoh,dah la penghayatan agama tak ada..bodoh pula,kesian.

Wahai gadis-gadis,tidakkah kamu tahu sekali kamu menjual maruahmu selama-lamanya kamu menderita. Lelaki-lelaki ni,walaupun dia menjual maruahnya,tak ada bezanya,tak ada deritanya selagi belum ditegur Allah s.w.t.. bila dah puas dah dapat apa yang diinginkan kasih sayang mula pudar pada si kekasih. Dah tak ada apa-apa dah bosan,buang lah. Maka menyesal tak sudah la si gadis itu.. masa ni macam-macam ada......... nak marah,tekanan perasaan,nak menangis. Bila dah jatuh ditampa tangga barulah nak cari mak bapak nak cari tuhan baru nak taubat. Makin teruk bila tersalah skill masa bermadu asmara pada hari penjualan maruah itu, mengandung akhirnya. Lagilah malu,tak tahu mana nak letak muka.

Kalau yang ada kesedaran,tempatkan diri di rumah-rumah perlindungan rumah-rumah pengasih. Bagi yang masih tiada kesedaran yang kebanyakannya duduk sendirian, terberanak kat mana-mana dan kemudian buang atau tinggal sebegitu sahaja. Itu bagi yang langsung tiada perasaan. Kalau yang ada sedikit belas kasihan, diletaknya si anak tak berdosa itu di mana-mana tempat yang mungkin ada simpati manusia lain.

Menurut pensyarah Psikologi Sosial ku, bagi yang ditempatkan di rumah-rumah perlindungan setelah melahirkan anak,ada si ibu yang langsung taknak tengok anaknya namun ada juga yang timbul kasih sayang pada si anak itu. Sayang tak sayang, dah prosedur nya anak yang lahir tak sah taraf akan diberikan kepada ibu bapa angkat. Mengapa si ibu tidak digalakkan untuk memelihara si anak??? Jawapannya boleh kita fikirkan sendiri. Si ibu tidak boleh diberi hak penjagaan bukanlah kejam tapi demi kebaikan masa depan si anak itu sendiri. 

Bayangkan,ketika kecil si anak masih tak tahu apa-apa tak mengerti erti sebuah kehidupan. Akan tetapi kita manusia,makin lama makin membesar makin tahu berfikir. Mungkin di zaman persekolahannya si anak akan bertanya pada ibunya... “ ibu,siapa ayah saya...kenapa dia tiada bersama kita...mengapa orang lain ada ayah tapi bukan saya???” mungkin ketika kecil si anak,si ibu boleh lagi menyorokkan hakikat sebenar dengan mengatakan.. “ayahmu dah meninggal ketika kamu masih kecil”.

Tuan-tuan,puan-puan, sidang pembaca sekalian. Jika tadi kisah si anak ketika kecil,kini si anak telah dewasa telah tahu memikirkan baik buruk sesuatu. “ibu,kenapa dalam i.c saya tiada tercatat nama ayah sedangkan kawan-kawan lain namanya beserta nama bapanya tapi kenapa bukan saya”. Terkedu si ibu nak menjawabnya. Kebarangkalian proses pertumbuhan si anak ini penuh dengan pelbagai persoalan yang tak mampu dijawab si ibu dan akhirnya mengakibatkan masalah kepada si anak yang tak berdosa itu jika dicemuh dihinanya oleh masyarakat sekeliling yang mengerti siapakan anak-anak tidak sah taraf itu. Sungguh malang si anak yang tidak berdosa terpaksa menerima nasib malang sebegitu hanya disebabkan dosa yang dilakukan si ibu bapa durjana.

Hayatilah vedio ini.tp kena la stop jap lgu widget sblh knn ni dlu ye..semoga kita dijauhkan oleh Allah s.w.t daripada perkara sedemikian.


Bagaimana untuk mengatasi masalah ini??? Senang saja. Caranya adalah berpeganglah pada agama. Jika baik agama maka baiklah iman baiklah segala-galanya. Tapi malangnya,kebanyakan kita hanya tahu agama tahu hukum hakam tapi tidak menghayatinya sekadar tahu sahaja. Jika berpeluang, dilain hari kita bincangkan hal ini..insyaAllah...

Oleh itu,teman-teman sekalian, jika ada dikalangan kita anak yang tidak sah tarafnya,janganlah dicemuh dihinanya disebabkan dia anak tak sah taraf tapi bergaullah dengannya seperti anak-anak atau teman-teman lain kerana mereka juga insan biasa yang perlukan perhatian perlukan kasih sayang. Kita yang bernasib baik ini janganlah meninggi diri atas keturunan kita kerana sebagai muslim,Allah tidak melihat itu semua tapi yang dilihat Allah ialah hati kita,amalan kita, bukannya darjat kita.

Akhir dari ku,renung dan ingatlah...

Tiada Perbezaan Darjat Antara Umat Rasulullah
Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Perumpamaan umatku adalah seperti
hujan; tidak diketahui sama ada awalnya atau akhirnya yang baik.”
- Riwayat al-Tirmiz

Wednesday, January 26, 2011

Inspirasi Cerita Si Anak Gadis Bara'a



Kisah si anak gadis ini aku terbaca dalam satu blog.Setelah membacanya terasa sungguh sayu hingga membuatkan airmata bergenang di kelopak mata mengenangkan ujian Allah yang diterima oleh si anak gadis yang cukup tabah menghadapinya. Baca dan hayatilah kisahnya dan renungkan adakah diri kita setabah si anak gadis ini......

Bara’a adalah seorang gadis berusia 10 tahun dari Mesir . Hidup bahagia dalam keluarga kecil yang sangat taat kepada agama Islam. Kedua orangtuanya adalah doktor dan telah berpindah ke Arab Saudi untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Bara’a adalah gadis yang sangat manis dan cerdas otaknya. Dalam usia yang muda, dia telah menghafal seluruh Quran bersama-sama dengan tajwid yang tepat. Sayangnya, tragedi yang berlaku telah mengubah jalan hidup untuk anak gadis ini.
Suatu hari, ibunya merasa kesakitan yang amat sangat dan selepas beberapa ujian perubatan ia disahkan mengidap kanser pada tahap kritikal. Lalu ibunya mulai memikirkan masa depan anak gadisnya dan bagaimana hendak memberitahu Bara’a tentang berita buruk ini. Bagaimana anaknya hendak menghadapi hari-hari muka tanpa ibunya. Akhirnya ibu memutuskan untuk memberitahu puterinya dan berkata:
“Bara`a, ibu akan pergi ke syurga mendahuluimu, sayang.., tapi ibu ingin kau baca Al-Quran yang kau hafal setiap hari kerana ia akan melindungimu dalam hidup ini … ”
Ibunya menekankan kepadanya bahawa dia harus terus membaca ayat suci AlQuran setiap hari kerana dengan itu akan melindungi dan menjaganya dalam kehidupan ini. Pada saat ini Bara’a tidak dapat memahami sepenuhnya apa yang terjadi di masa hadapan. Setelah kesihatan ibunya semakin tenat dan dirawat di hospital, barulah dia mula memahami apa yang dikatakan oleh ibunya itu. Bara’a mulai melawat ibunya di hospital setiap hari sebaik sahaja pulang dari sekolah dan membaca ayat-ayat suci AlQuran ditempat tidur ibunya sampai petang. Dia terus melakukan itu sampai ayahnya balik dari kerja untuk menjemputnya pulang ke rumah.
Suatu pagi, pihak hospital menelefon ke rumah dan meminta ayah Bara’a untuk datang ke hospital kerana isterinya semakin tenat. Sang ayah menjemput putrinya Bara’a dari sekolah dan terus pergi ke hospital. Dia tidak memberi putrinya apa yang terjadi dengan ibunya. Ketika mereka tiba di hospital ia berfikir bahawa ia harus meninggalkan anaknya di dalam kereta supaya ia tidak akan terkejut dengan apa yang terjadi pada ibunya. Oleh kerana itu ia menyuruh anaknya, berada di dalam kereta sementara dia pergi melihat dan akan kembali dalam beberapa minit. Dia melangkah keluar dari kereta dan matanya penuh dengan air mata; bingung dari berita sedih nasib isterinya. Ketika dia berjalan jauh dari keretanya Bara’a melihat bapanya melintas di persimpangan jalan, kemudian berlaku lagi satu tragedi!. Bapanya telah dilanggar oleh bas yang membelok masuk persimpangan dan meninggal dunia di situ. Dia berlari keluar dari keretanya dengan menangis dan memeluk mayat ayahnya.
Peristiwa tragis Bara’a itu tidak berakhir di sini. Staf hospital tidak memberi tahu ibu Bara’a, yang sedang berjuang melawan kanser di hospital, tentang kematian suaminya. Lima hari selepas itu, ibu Bara’a tewas jua dalam perjuangan menentang kanser dan mati meninggalkan Bara’a sendirian di Saudia Arabia. Bara’a tidak ada ahli keluarga atau saudara mara di sana. Dia kehilangan ibu dan ayahnya dalam minggu yang sama. Beberapa teman dan orang-orang baik yang tersentuh oleh tragedi cerita Bara’a berusaha untuk membantunya untuk kembali kepada keluarga ibu bapanya di Mesir.
Sementara urusan sedang dibuat untuk menghantarnya pulang, tragedi lain pula terjadi. Kali ini terjadi pada dirinya. Dia mengalami sakit mendadak dan selepas beberapa ujian perubatan cukup yakin ia mengidap kanser yang sama yang membunuh ibunya. Pada sat itu, bila Bara’a diberitahu diagnosis kanser nya dia tersenyum dan berkata:
“Alhamdullillah, akhirnya, saya akan berjumpa baba dan mama saya”.
Sangat luar biasa melihat anak gadis yang menghapiri maut ini menyambut dan menerima keputusan Allah dengan redha..
Cerita tragis mengenai Bara’a tersebar luas di Saudia Arabia kemudian seorang lelaki Saudi yang baik hati, memutuskan untuk menghantar Bara’a ke London untuk rawatan perubatan.
Semasa Bara’a sedang dirawat di hospital di London ia ditemubual oleh stesen TV Mesir, iaitu al-Hafiz TV. Dia diminta untuk membacakan ayat-ayat suci Al Quran dan ditayangkan dalam program khusus untuk membaca Quran. Bacaannya sangat bagus dan merdu membuatkan pengacara program itu mengalirkan air mata. Saya yakin ia akan membuatkan air mata mengalir kepada sesiapa sahaja yang mendengar bacaannya yang sangat cantik.



Kanser telah memburukkan lagi kesihatan Bara’a dan dia menanggung kesakitan dan penderitaan semasa di hospital. Dia akan menjadi koma berkala ( commas periodically) dan selama masa sukar ini, stesen TV lain membuat temubual di hospital dan memintanya untuk menyampaikan nasyid tentang Ibu dan anak-anak yatim. Nyanyian nasyidnya telah membuatkan berjuta-juta orang menangis di dunia Arab .

Hari terus berlalu dan ia terus hidup dan kanser yang sekarang telah merebak ke kakinya lalu doktor memutuskan untuk memotong dalam usaha untuk menyekat penyebaran barah. Dalam masa sukar ini dia terus koma berkala tetapi ketika dia terjaga dia mulai membaca Quran untuk tetap semangat untuk hidup. Hari berlalu, kanser merebak ke otak dan doktor memutuskan untuk melakukan operasi otak untuk menghilangkan sel-sel kanser. Dia masih di hospital berjuang untuk hidupnya. Jadi , harap ingatlah dia dalam setiap doa kita dan semoga Allah yang Maha Berkuasa menyelamatkan hidupnya .
Amacam?? sedih?? kalau tak rasa apa2...anda mungkin tiada perasaan atau mungkin anda menyimpan kesayuan hati membayangkan kisah hidup Bara'a....

Yang Mana Dahulu???



Hari ni ada 1 lagi soalan daripada teman facebook ku....

Soalannya:antara agama dan keluarga yang mana paling dekat dengan diri kita?jawab2..

Begini jawapanku,mungkin ada yang lebih arif silalah perbetulkan kalau salah ye...
 

Mana paling dekat???
Mana mesti didahulukan??? 
Mana paling pnting???

Cuba kita renungkan sejenak,3 soalan yang hampir serupa namun cukup berbeza bagi ku dan perlu diingat soalan tersebut adalah umum dan tidak mengspesifikasikan kepada umat islam smata2...

Jika ditanya agama atau keluarga mana paling dekat???

Jawapanku adalah bergantung pada individu itu sndri,jika dia memilih keluarga maka terpulang padanya kerana baginya keluarga adalah yang utama dan paling dekat dengnnya dan sebaliknya..cuba bayangkan jika soalan ini diajukan kapada teman non-muslim ataupun yang tiada agama...tentunya berbeza-beza jawapannya..kan???

Jika ditanya pula antara agama atau keluarga mana perlu didahulukan....???

Jawapanku adalah keluarga kerana tanpa keluarga mana mungkin manusia mengenal agama...teringat kisah pada zaman rasulullah(blh slidik sndri)....ringkasnya,ada seorang hamba yang amat taat n khusyuk beribadat kpd Allah...namun begitu derhaka si anak kerana tidak menyahut panggilan ibunya walaupun ketika itu dia sdang khusyuk beribadat..anak yang tidak smpat memohon keampunan daripada kedua ibu dan bapanya(anak derhaka) dan juga hamba lain takkan masuk syurga ia jika tiada keampunan daripada hamba itu sendiri ..Allah takkan mengampunkan dosa hamba-Nya yang dilakukan kepada hamba lain melainkan dimaafkan oleh orang yang kita berbuat dosa itu...teringat soalan yang diajukan oleh para sahabat, 3 kali rasulullah menyatakan mnusia yang perlu didahulukan adalah ibu dan barulah bapa yang keempat...


Namun begitu keluarga yang baik..contoh ketika si anak sedang bersolat dan ketika ia bersolat ibunya memanggil...alangkan baiknya jika si ibu menjenguk apa si anak sedang lakukan ataupun meletakkan fikiran positif bahawa 2 3 kali dia memanggil anaknya namun tidak disahut mungkin anaknya sedang bersolat. Tapi harus diingat,menjadi tanggungjawab si anak menyatakan perkara sebenar kepada si ibu yang memanggilnya tadi bahawa dia sedang bersolat...ni br dinamakan chemestry ibu dan anak... alangkah indahnya keluarga sebegitu...ibu mithali anak soleh solehah.... InsyaAllah bahagia keluarga..

Jika ditanya pula antara agama dan keluarga manakah yang paling penting....???

Jawapanku adalah semestinya agama kerana tanpa agama(xkisahlah apa agama skalipun) maka akan rosaklah instituisi kekeluargaan kerana agamalah yang menjadikan kebahagian sesebuah keluarga....

~hanya pndanganku y xbrapa tnggi ilmunya...jika ada teguran ats kesalahan tegurlah..~
Sekian.....

63 Petua Keluarga Bahagia oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah


Maklumat ni aku jmpe dan merasakan ianya patut dikongsi bersama

Oleh itu...copy past je la...

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.
Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera. Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.
Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.
Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.
Perunding motivasi dan keluarga Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah,  memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
§  Mental, pendidikan dan ilmu
§  Emosi
§  Fizikal dan ekonomi
§  Sosial
§  Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
§  Pendapat atau pandangan
§  Hobi
§  Kegemaran
§  Makanan
§  Cita rasa
§  Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.