Monday, February 7, 2011

Mengenal Hati Part 3

Assalamualaikum......

Jika pada part 1 dan part 2 tajuk mengenal hati kita telah mengenal serba sedikit tentang hati dari sudut sains perubatan,serba sedikit mengenali fungsi hati ,mengetahui serba sedikit tentang penyakit2 hati namun itu adalah secara zahirnya suatu hati itu semata-mata.

 Apabila berbicara soal hati,ianya cukup rumit dan cukup luas untuk dibahaskan. Tapi tak bermakna kita tidak boleh menkajinya. Cuma ianya mengambil masa yang agak lama. Sesungguhnya kita adalah manusia biasa yang  yang punyai ilmu sememangnya tak setanding dengan ilmu Allah tapi jangan pula kita membataskan ilmu kurniaannya ini dengan sekadar bergantung dengan ilmu yang kita ada semata2..Oleh itu sama2lah kita kaji dan terus menkajinya pelbagai ilmu yang ada sebanyak mungkin. Walaupun sukar tapi tak mengapa,mari kita menyingkap dengan lebih mendalam tentang tajuk kita Mengenai Hati. InsyaAllah, sama-sama kita menyelidiki dan lebih memahami hati kita dengan lebih mendalam pada mengenal hati kali ni. 

Kepada yang lebih arif,tegurilah diri ini jika ada kesilapan yang dilakukan tapi jangan dihukum kerana kita manusia tak lari dari berbuat kesalahan.

(lagu My Heart-Irwansyah dgn Acha)
if you love somebody could we be this strong
i willl fight to win, our love will conquer all
wouldn't risk my love even just one night
our love will stay in my heart
nak ku tanya satu soalan..,kita simpan perasaan cinta kat hati ke kat jantung???
-sekadar selingan je-


Baiklah...

Teman2 sidang pembaca sekalian...
Membahas mengenai hati sememangnya mengambil masa yang cukup lama. Mengapa??? Jawapannya adalah kerana hati merupakan suatu organ yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Rasulullah pernah berkata tentang hati dalam hadithnya yang bermaksud :

 “Dalam tubuh manusia itu ada segumpal darah, apabila segumpal darah itu baik maka baiklah seluruh tubuh manusia itu, dan apabila rosak segumpal darah itu  maka rosaklah seluruh tubuhnya.  sesungguhnya itu adalah hati”.

Mari kita renungkan bersama,
Hati merupakan suatu yang sangat ajaib. pernahkah kita dengar Hati itu raja kepada seluruh anggota badan,jika rosak hati itu maka rosaklanh seluruh badannya....mungkin pernah dengar tapi malas nak ambik tau kn...hahahha

Hampir semua atau segala yang berlaku dikaitkan dengan hati. Contohnya kalau orang yang senang hati maka tenanglah hatinya,tapi bagi orang yang tengah sakit hati,cuba tengok adakah orang itu dalam keadaan tenang??? hahaha Tidak kan?? Buktinya,jika tenang hati seseorang takkan terkeluar macam2 kata2 yang teruk2 dari mulutnya...tak kan lari orang itu daripada mengumpat mencaci kan??. Semua tu boleh kita lihat melalui ekspresi wajah manusia di sekeliling kita dan diri kita sndri.

Jika baik hati kita maka dekatlah kita dengan pencipta. Pembaca2 skalian.... cuba lihat diri kita dan masyarakat sosial sekeliling kita terutamanya umat islam. Masyarakat islam kini tak sehebat masyarakat islam zaman nabi kita dulu..Mengapa itu terjadi??? kerana masyarakat islam kini islamnya hanya pada i/c tp bukan dihati. 

Sebab tu lah bila ditanya kamu agama apa...dijawabnya islam tapi bila diperhatikan satu persatu..kot mana yang dikatakan islamnya??? Tengok pakaian xmcm org islam pun habis baju adik dipakainya,ksian adik tak ada baju nak pakai...tengok kot rambut..wah...mengalahkan mat salleh...minggu ni perang mnggu dpan coklat...rmbut pn blh tukar2 colour hebat2....

Tengok perilaku dalam perhubungan sosial plak....smuanya nmpak mcm ada hubungan adik bradik kandung....u tarik i...i tolak u...main cubit2...main pmpin2 tangan...tp dengan adik bradik  sdri ...nk pegang pn tak ada slera....tang mana islamnya manusia ni??? Islamnya bla duk tnjuk i/c ade la nama islam n tertcatat islam kat bhgian agama.....ceh.... itulah bezanya masyarakat islam dulu dan kini. Cukup berbeza...kat mana bezanya...?? bezanya adalah dihati masing2...hebatnya masyarakat islam zaman nabi dulu kerana di hatinya ada Allah...hatinya sntiasa mengingat Allah...tapi kita skarg, dalam hati,macam2 ada......

Teman2......

Tahukah kita bahawa kedudukan hati kita ni bertingkat-tingkat(jangan ingat bangunan je ada tingkat2), ada hati yang hidup, hati yang mati dan ada hati yang sakit. Secara zahirnya kita tengok ianya satu tapi secara batinnya hati manusia terbahagi kepada 3 iaitu:

Hati yang Hidup
Hati yang Sakit
Hati yang Mati

Tak pernah dengar ke?? ishk... kalau sakit hati,geli hati,panas hati,hancur hatiku,kau mempermainkan hatiku...pernahla kn...hahaha

Nak tau hati kita ni hati jenis yang mana.....tunggu part 4...
InsyaAllah......

No comments:

Post a Comment